Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
CAVEAT EMPTOR

Caveat emptor ialah istilah dalam bahasa

Latin yang bermaksud membiarkan pembeli

berwaspada.

UMUMUmum
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM
MADU

Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang

dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar

ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari

bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap

lebah pekerja mempunyai kantung dalam

badannya yang dikenali sebagai perut madu,

tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula

dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali

sebagai inversi menjadi dua gula ringkas, iaitu

fruktos dan glukos. Selepas lebah menyimpan

nektar dalam sarangnya, ia membiarkan

kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat.

Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan

rasanya.

UMUM
BURNSIDE, AMBROSE EVERETT

Burnside, Ambrose Everett (18241881)

ialah jeneral Kesatuan dalam Perang Saudara

Amerika. Namanya menjadi sebahagian

daripada bahasa Inggeris kerana kejayaannya

mempopularkan sejenis gaya jambang. Tabiatnya

mencukur janggut di dagu dan membiarkan

jambang tumbuh di pipinya telah melahirkan

istilah burnside (jambang) yang kemudiannya

berubah menjadi sideburn.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiarkan