Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Memang jala menangkap ikan, Pasir kita tempat bermain; Memang saya nak tunjukkan, Kalau berani mari bermain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau belah jangan panjang, Itu dah memang adat jati; Saya izinkan puan pulang, Tapi jangan lupa janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Inderagiri Kota Belanda, Orang Acheh menanam buluh; Memang untung berkahwin janda, Anak besar boleh disuruh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanah Lambor tanahnya lembah, Tanam keduduk bercabang dua; Memang tanah Lambor ini bertuah, Siapa nak duduk mesti berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam keledek dari Klebang, Bawa sebiji buah kelapa; Memang adik sayangkan abang, Abang pula nak kasi apa?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada satu anak Limbungan, Pergi ke pasar membeli kacang; Memang jalak ayam sabungan, Biasa mati tengah gelanggang.
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.



Lihat selanjutnya...