Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui perbezaan antara istilah 'rebus' dan 'didih'. Adakah kedua-dua istilah tersebut bersinonim? Soalan seterusnya, adakah teedapat sebarang bahan rujukan yang diterbitkan bagi istilah laras masakan seperti istilah-istilah lain yang mempunyai kamus istilah tersendiri? | Rebus - bermaksud memasak sesuatu dalam air, didih - mendidih bermaksud meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan. Berdasarkan huraian tersebut, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza. Untuk mendapatkan makna kata layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan pada ruangan CARI tulis kata kunci kata berkenaan. | Lain-lain | 29.08.2016 |