Pantun |
Sumber |
Tema |
Sama tengah sulaman tekat, Tekat berantak anak Melayu; Di sanalah tuah akan melekat, Melekat sampai ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa tanda kayu bersakat, Sakat melekat pada batangnya; Apa tanda Melayu beradat, Adat melekat pada orangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata berpunca, Punca melekat pada akidah; Hina bangsa kerana loba, Loba pangkat gila berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sejak ubi diberi bergula, Manis melekat hila disayur; Sejak babi jadi kepala, Habislah umat kena sungkur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan debu melekat; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan berlaku nekad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila menimbang putik pauh, Banyak getahnya tinggal melekat; Bila kukenang adik nan jauh, Letak anggota pegallah urat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau pandan di tepi bencah, Bunga melati melekat juga; Walau bagai jauh berpisah, Di dalam hati dekat juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada malangnya memancung betik, Kena getahnya tentu melekat; Ada malangnya berhitung pesek, Kaca matanya perlu diikat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang selasih berdahan layu, Di mana buah akan melekat; Orang kukasih enggan bertemu, Di mana pula badan menepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |