Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
melayari alam maya, melayari di alam maya, melayari dalam alam maya. Yang mana adalah betul, jemput jelaskan. Ty.Penggunaan yang betul ialah “melayari alam mayaTatabahasa18.10.2021
maksud pejabat mayaPejabat maya bermaksud tempat menyimpan atau pejabat yang menguruskan sesuatu yang tidak nampak secara fizikal.Makna06.11.2007
pendidikan maya ialah pembelajaran melalui talian, tetapi mengapakah istilah maya digunakan?

Sdr. Nurhidayah,

pendidikan maya lebih kepada segala bentuk pengajaran tidak disampaikan secara bersemuka - maknanya pelajar dan pensyarah atau guru tidak hadir bertemu muka tetapi hanya belajar dengan cara mendengar dan melihat skrin yang memaparkan pelajaran yang ingin disampaikan.

Tatabahasa15.02.2009
Hai saya rani pelakar phd dari ukm.saya sedang mencari perkataan bahasa melayu yg sesuai untuk netizen.di malaysia banyak gelaran yg diberikan untuk netizen termasuk warga maya, komuniti maya,warga siber dan komuniti internet.soalan saya gelaran mana yang diiktiraf oleh pihak DBP. Soalan kedua saya ialah megenai gelaran untuk citizen journalism.adakah mereka harus digelar sebagai wartawan warga atau wartawan warganegara.sekian.terima kasih atas bantuan anda.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "netizen" ialah netizen. Istilah "citizen journalism"  belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkataan yang diberikan, bentuk yang betul ialah wartawan warganegara.Istilah15.03.2013
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Tatabahasa20.04.2011
As salam tuan dan cik di talian, Bolehkah saya mendapatkan defiinisi untuk frasa perhubungan bukan maya... (sumber buku teks pendidikan kesihatan tahun 5 terbitan DBP). Definisi untuk perhubungan maya ada dinyatakan iaitu komunikasi dalam talian yang menggunakan peralatan yang boleh disambungkan dengan Internet. Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. sekian, terima kasih.Tidak ada definisi perhubungan bukan maya dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang diberikan, perhubungan maya ditakrifkan sebagai komunikasi dalam talian, maka perhubungan bukan maya ialah komunikasi di luar talian seperti secara bertemu muka.Tatabahasa21.11.2014
Terima kasih di atas penerangan yang telah diberikan. Namun, perkataan "Immersive" dalam penerangan produk saya ini adalah amat penting bagi membezakannya dengan produk simulator yang lain. Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis simulator maya yang telah dicipta. Antaranya adalah simulator maya yang biasa di mana peserta hanya merasakan diri berada di dalam alam maya tetapi tidak boleh membuat pilihan apa yang boleh dilakukan atau dilihat semasa di dalam alam maya tersebut. "Immersive" dalam konteks ini, dalam bentuk yang lebih mendalam, membenarkan peserta membuat pilihan aksi atau pandangan yang mereka mahu. Seolah-olah mereka bebas beraksi di dalam dunia maya tanpa batasan. Oleh kerana itu, perkataan "Immersive" tersebut amat penting bagi membezakan produk baru kami ini dengan simulator maya biasa yang lain. Sekiranya kami ingin juga menekankan perkataan "Immersive" tersebut, bagaimanakah kaedah terbaik bagi kami meletakkanya di dalam dokumen atau penerangan produk? Bolehkah kami menggunakan perkataan pinjaman "Immersive" atau "Imersif" bagi tujuan tersebut? Sama seperti perkataan kondusif yang dipinjam bagi menggantikan pernggunaan perkataan "condusive". Terima kasih.Berdasarkan penerangan teperinci yang tuan berikan mengenai konsep immersive, kami memahami terdapat perbezaan konsep antara simulator maya biasa dengan simulator yang tuan maksudkan. Memang benar, contoh pembentukkan perkataan kondusif dan eksklusif mewajarkan penggunaan imersif namun istilah ini belum ada lagi dalam pangkalan data DBP. Sehubungan itu, tuan boleh menggunakan perkataan imersif dalam dokumen dan penerangan produk sehingga ada istilah yang lebih tepat yang boleh menggantikan imersif.Istilah07.05.2014
Omar Maya Papamama WED 23:43 Salam. Nak tanya PBAKL 2017 adakah pertandingan cerita atau syarahan kanak2 anjuran DBP seperti tahun 2016?Wassalam, Tuan/puan, Untuk maklumat berkenaan program DBP bersempena dengan PBAKL 2017, boleh ikuti melalui Facebook rasmi DBP atau tuan/puan boleh menghubungi 03-4101 0000/0027. Sekian.Lain-lain22.03.2017
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBELIstilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes.Makna23.01.2007
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun saya berpendapat bahawa terjemahan langsung tersebut tidak begitu sesuai dan agak lucu sekiranya digunakan bagi tatapan umum. Immersive dalam konteks di sini bermaksud Simulator Maya yang mampu "membawa peserta masuk ke dalam alam maya. Puas sudah saya membuat rujukan dan rasanya belum ada perkataan Bahasa Melayu yang tepat. Mungkin kita perlu meminjam perkataan imersif bagi tujuan ini. Harap dapat dipanjangkan khidmat bantuan DBP. Terima kasih.Setelah tuan menjelaskan konteks penggunaan, DBP mencadangkan padanan bagi  Immersive Virtual Simulator ialah Simulator Maya. Dalam konsep peristilahan bahasa Melayu, kita tidak perlu memberikan padanan perkataan demi perkataan sekiranya makna dalam bahasa Melayu telah difahami. Dalam buku Kamus Dewan, perkataan simulator diberikan makna sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan). Jadi jika dibentuk istilah Simulator Maya kita akan memahaminya sebagai sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan dalam alam maya atau dalam bahasa yang lebih mudah seolah-olah peserta berada dalam dalam maya. Istilah05.05.2014
Tesaurus
 
maya (kata nama)
Bersinonim dengan bayangan, khayalan, impian, fantasi, angan-angan, ilusi, fatamorgana, imaginasi, halusinasi, mimpi, igauan.,