Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mana satu yang betul untuk diletakkan di poster: 1) Masuk adalah percuma 2) Masuk percuma 3) Kemasukan percuma Ini adalah bagi konteks, masuk menonton sesebuah persembahan. | Jawapan yang betul ialah "Masuk percuma". | Lain-lain | 03.07.2022 |
Ingin bertanya, dalam soalan BM ayatnya seperti berikut: Laluan masuk keluar lori...... Frasa 'masuk keluar' dianggap tidak gramatis. Apakah alasan yang munasabah untuk mewajarkan kesalahan frasa ini? Adakah alasannya kerana kebiasaan/kelaziman atau frasa itu sudah mantap? Mohon penjelasan. Tk. | Untuk makluman, frasa "keluar masuk" atau "masuk keluar" hanya kelaziman berbahasa sahaja. Begitu juga dengan frasa "turun naik". Kita masih boleh menggunakan frasa tersebut kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya. | Istilah | 05.08.2015 |
masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
perkataan keluar/masuk atau keluar masuk yang boleh tulis dlm surat rasmi? | Perkataan keluar masuk boleh digunakan dalam ayat asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Jika tuan dapat memberikan contoh penggunaannya, lebih mudah untuk kami menerangkannya kepada tuan. | Tatabahasa | 02.07.2015 |
Apa perbezaan antara "masuk kelas" dan "masuk ke kelas"? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "masuk ke kelas" iaitu kata kerja tunggal diikuti oleh kata sendi nama digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
Perkataan 'masuk' berbentuk kata kerja transitif atau tak transitif? Bolehkah saya menulis begini: Ali masuk bilik. Ataupun saya perlu menulis: Ali masuk ke bilik. Terima kasih. | Masuk merupakan kata kerja aktif tak transitif. "ke bilik" merupakan unsur keterangan yang memberikan maklumat tambahan. Ayat yang gramatis ialah Ali masuk ke bilik. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia' | 1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul. 2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif. 3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat, ia bercita-cita hendak menjadi doktor. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
tolong saya carikan maklumat mengenai definisi bagi penyeludupan | Penyeludupan bermaksud perihal menyeludupkan, iaitu masuk bersembunyi,masuk secara haram. Kamus Dewan Edisi Keempat,halaman 1430. | Lain-lain | 14.03.2008 |
Apakah imbuhan yang betul untuk "log masuk" jika digunakan sebagai kata kerja dalam ayat aktif? | Log masuk atau daftar masuk merupakan kata kerja dan tidak perlu ditambah imbuhan. | Tatabahasa | 15.02.2015 |
masuk no kelulusan tiada sijil kelulusan DBP/KPB//201501/05276 DBP/KPB/201501/05590 | Untuk makluman, pada 21 Januari 2015, Sistem Khidmat Pengesahan Bahasa menghadapi masalah. Sila cuba lagi pada 22 Januari 2015. | Lain-lain | 21.01.2015 |