Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022
Apakah pola ayat bagi ayat berikut 1) Buah itu rasanya masam 2) Buah itu masam rasanya 3) Padi huma kekuningan 4) Kereta itu kepunyaan abang 5) Dia selalu ke kedaiSalam sejahtera,

Tuan,

 1) Buah itu rasanya masam - Frasa Nama + Frasa Adjektif

2) Buah itu masam rasanya - Frasa Nama + Frasa Adjektif
 
3) Padi huma kekuningan - Frasa Nama + Frasa Adjektif

4) Kereta itu kepunyaan abang - Frasa Nama + Frasa Nama

5) Dia selalu ke kedai - Frasa Nama + Frasa Adjektif

Sekian, teima kasih.
Tatabahasa14.09.2017
Salam sejahtera ! Soalan saya masih berkaitan dengan jawapan tuan tentang kata lawan 'manis' ialah ' masam' Berikut ialah soalan sepenuhnya ; Kopi yang dibuat olehh ibunya sangat 'manis' Pilih perkataan berlawan bagi 'manis' A masam B kelat C pahit D masin Adakah jawapannya patut kekal 'masam' walaupun janggal dalam ayat tersebut atau boleh dijawab 'pahit' walaupun tidak mematuhi daftar kata lawan. Terima kasihSalam Sejahtera. Kata lawan perlu dilihat dalam konteks penggunaannya. Dalam hal ini, jawapan kata lawan "manis" ialah "pahit".Tatabahasa13.08.2014
1. apakah perkataan berlawan bagi masam, manis dan pahit? 2. (bagaimanakah/apakah) perasaan kamu ketika mendengar berita itu? yag mana satu betul 'apakah atau bagaimanakah'?tqLazimnya perkataan masam lawannya manis, dan begitulah sebaliknya, manakala kata lawan yang paling hampir bagi pahit ialah tawar.Tatabahasa21.07.2010
Ct'fieza Mahadzir Oct 22nd, 6:08pm Assalamualaikum.. Saya nak tanya kata lawan bagi Manis. Jawapannya Masam atau Tawar?Kata lawan bagi "manis" ialah "masam". Walau bagaimanapun kata "tawar" juga boleh menjadi lawan bagi kata "manis", jika sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa22.10.2014
saya ingin bertanya 'apakah rasa sebenar buah mangga muda sama ada ianya masam atau kelat'.Manakah jawapan yang paling tepat sekali

Jawapan yang tepat ialah masam.

Lain-lain17.10.2012
1) adakah penggunaan kata aliran betul pada ayat ini Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras 2) apakah kata ganda yang tepat bagi jam tangan jam-jam tangan atau jam tangan-jam tangan 3) adakah penggunaan kata masam betul pada ayat ini Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam 4) adakah penggunaan kata terdedah betul pada ayat ini Pintu hadapan rumah itu terdedah 5) ayat yang manakah betul Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan. atau Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan. atau Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan 6) adakah penggunaan kata mempertajam betul pada konteks di bawah mempertajam akal fikiran mempertajam skilnya mempertajam usaha 7) kenapa ayat ini salah seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalamBerikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023
Adakah ayat dibawah sesuai digunakan? Gunakan Sos Life Masam manis untuk menambah perasa masakan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu sebelum memanggang atau membakar; semasa mencelur/merebus sayuran, taufu dan jeruk. Boleh juga digunakan dengan memanaskan sos dan tuang ke atas ikan goreng, ayam dan udang sebelum dimakan.

Ayat yang sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

Gunakan sos Life masam manis untuk menambah perisa masakan atau panggangan ayam, kambing, daging dan rusuk lembu. Sos ini juga sesuai digunakan dalam air rebusan ketika mencelur atau merebus sayuran, taufu dan jeruk, serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam dan udang untuk kenikmatan sebenar.

Tatabahasa04.01.2024
Selamat sejahtera, Saya ada beberapa ayat yang hendak dikemukakan untuk mengetahui ayat-ayat itu betul ataupun tidak. 1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak. 2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. atau Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiat. 3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah atau Mukanya yang masam itu mengalamatkan dia sedang marah. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Berguni-guni kampit pasir diletakkan di persisiran pantai untuk menghalang hakisan ombak.
2. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak khasiat. 
3. Mukanya yang masam itu alamat dia sedang marah.
Tatabahasa11.01.2012
Salam Syawal ! Apakah perkataan berlawanan bagi ' Manis 'Kata lawan bagi manis ialah masam.Tatabahasa12.08.2014
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.



Lihat selanjutnya...