Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sari manis tangguli manis, Manis bercampur air tebu; Hari-hari gila menangis, Musim pabila kan bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asam kandis mari dihiris, Manis sekali rasa isinya; Dilihat manis dipandang manis, Lebih manis hati budinya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Manis sungguh tebu seberang, Manis di umbi sampai ke hujung; Manis sungguh adik seorang, Manis di pipi sampai ke hidung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Manis sungguh tebu seberang, Dari pucuk sampai ke umbi; Manis sungguh mulut orang, Manis mulut sampai ke hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam si tampuk manggis, Sayang kemuning gugur bunganya; Sungguh hitam dipandang manis,hitam manis/pandang Putih kuning apa gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah tebu disangka kandis, Terlebih kandis di dalam puan; Gula madu disangka manis, Lebih manis wajahmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Manis sungguh buah kelubi, Mari dibungkus dengan kertas; Pandai sungguh puan berbudi, Garam tak masin lada pun tak pedas.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bertolak dari Mesapol, Mari menuju pergi Labuan; Apa manis gula sepikul, Manis lagi dindamu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Asam kandis mari dihiris,
     Manis sekali rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
     Lebih manis hati budinya.



Lihat selanjutnya...