Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
cellUnit organisma hidup yang paling kecil yang dapat berfungsi. Unit ini terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. Contohnya, bakteria terdiri daripada satu sel manakala manusia terdiri daripada 10(14) sel. Setiap satu sel bersaiz 10 mikrometer dan berjisim 1 nanogram.
molecular sieveBahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif.
Lennerd-Jones potentialKeupayaan dua molekul yang diperoleh secara semiempirik dan diungkapkan sebagai V= (A/r12)-(B/r6) dengan r =jarak antara pusat molekul, manakala A dan B=pemalar.
ionAtom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-).
Kramers-Kronig analysisAnalisis yang dilakukan ke atas pemalar dielektrik yang mengandungi bahagian sahih dan khayal, ?= ?'(v)+ ?"(v) dengan ?' ialah fungsi yang berkaitan dengan frekuensi jalur inframerah, manakala ?" ialah penyerapan atau kehilangan tenaga. Analisis ini digunakan untuk mendapatkan pergantungan frekuensi daripada ?' dengan ?" berasaskan data pengukuran spektrum inframerah.
nanoflash memory deviceAlat yang serupa dengan MOSFET. Peranti ini terdiri daripada tiga terminal, dua daripadanya ialah get tersusun di atas satu sama lain. Elektrod teratas merupakan get kawalan, manakala elektrod di bawah ialah get terapung yang terganding secara kapasitif dengan get kawalan. Operasi sel ingatan melibatkan peletakan cas atau pembuangan cas pada get terapung, berpadanan dengan dua paras logik. Peranti ini menggunakan nanozarah tunggal atau berganda sebagai unsur penyimpanan cas.
Keggin ionIon yang formulanya [Al13O4(OH)24(H2O)12]7+ dengan atom aluminium membentuk struktur terapat-padat. Dalam ion ini, atom aluminium yang terletak pada kedudukan pusat ialah terkoordinat tetrahedron, manakala 12 atom aluminium di sekelilingnya terkoordinat oktahedron. Kewujudan ion ini dapat dikesan dengan tepat menggunakan kaedah resonans magnet nukleus (NMR) Al27. Ion ini digunakan untuk mengisi ruang dalam lapisan bahan tak organik.
fragilitySifat sesuatu bahan yang dicirikan dengan cara mengukur tahap kecepatan penurunan suhu apabila disejukkan kepada suhu peralihan kaca. Bahan dengan sifat kerapuhan yang tinggi mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang kecil, manakala bahan bersifat kerapuhan yang rendah mempunyai nilai suhu peralihan kaca pada julat yang besar.
Fraunhofer diffractionSejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari.
secondary structureKeadaan asid nukleik yang dicirikan oleh lipatan rantaian atom dalam bentuk sama ada heliks alfa, kepingan beta atau gelungan rawak. Struktur protein sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen yang terdapat dalam kalangan ikatan pada tulang belakang kumpulan amida, manakala asid nukleik struktur sekunder ditentukan oleh ikatan hidrogen dalam kalangan tapak nitrogen.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manakala