Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah perbezaan antara kelam, malap dan kusam?

Perkataan "kelam” dan “malap” digunakan dalam  konteks cuaca/cahaya yang kurang terang, penglihatan yang kabur, warna yang pudar dan tidak berseri, makna kiasan contohnya keadaan sesuatu perkara yang tidak pasti, fikiran dan perasaan yang tidak menentu. Perkataan "kusam” digunakan dalam konteks keadaan sesuatu contohnya perhiasan yang kelihatan pudar, tidak berseri, merujuk rupa seseorang kelihatan pucat, warna kulit yang tidak cerah dan cahaya yang tidak terang. Perkataan “kelam”, “malap dan “kusam” mendukung makna yang hampir sama, namun perbezaan antara ketiga-tiga perkataan tersebut adalah berdasarkan penggunaannya  perlu disesuaikan dengan konteks ayat.   

Makna01.11.2021
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
Assalamualaikum, Saya ingin mengungkapkan 'cahaya yang tidak kelihatan' dalam bahasa yang indah sebagai tajuk karya sastera. Agak sukar kerana dalam banyak keadaan cahaya boleh dilihat walaupun samar atau malap. Bolehkan saya menggunakan 'cahaya dalam relung' atau 'cahaya di dalam relung'? Mana satukah yang tepat? Atau PPM boleh mencadangkan ungkapan lain yang sesuai. Terima kasih.Salam,

Berkenaan tajuk dalam karya sastera, itu bergantung kepada penulis untuk menentukannya. Pihak kami tidak ada kuasa untuk memutuskan sama ada tepat atau tidak.  Akan tetapi, jika mahu menggunakan tajuk yang disebutkan, dicadangkan tajuk "Cahaya dalam Relung".
Sastera11.08.2015
Tuan/Puan, Tolong beri nasihat sama ada PENGGUNAAN "DI" DAN "DI ATAS" dalam ayat-ayat berikut (saya cari dari korpus DBP) masih dikira betul dari segi tatabahasa sekarang? 1.Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut di masa hadapan. 2.Kertas So'alan ini akan termasok: (a) so'alan2 di-atas buku2 yang di-tetapkan. (243) 3.Lampu2 letrik yang terpasang di-atas kepala-nya itu pun terasa bagiru malap sa-kali, sa-hingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masok ... 4.hari sa-makin gelap bintang2 mulai timbul berkelip2 di-atas langit, udara sejok mulai menyelaputi rumah yang baharu sa-bentar di-alami oleh keganasan tentera facis-timor itu. 5. Dia berada di atas kapal/ Dia berada di dalam kapal? Sekian,terima kasih.Untuk mendapatkan contoh penggunaan ayat yang tepat hendaklah merujuk buku Tatabahasa Dewan atau buku Tatabahasa Dewan (Edisi Sekolah Rendah). Korpus ialah rakaman data termasuk data lama dan mengekalkan bentuk kata dan ayat yang digunakan. Penggunaan ejaan, kata sendi nama "di" dan frasa "di atas" dalam contoh yang diberikan tidak tepat.

Ejaan dan ayat dalam contoh yang diberi telah diperbaiki:
1. Strategik merupakan satu daripada aspek yang penting dalam menentukan kejayaan usahawan untuk mengembangkan perniagaan tersebut pada masa hadapan.
2. Kertas Soalan ini akan mengandungi: (a) soalan daripada buku-buku yang ditetapkan. 
3. Lampu elektrik yang terpasang di atas kepalanya itu pun terasa begitu malap sekali, sehingga tidak dapat menolong chahaya yang menerpa masuk.
4. Hari semakin gelap bintang mulai berkelip-kelip di udara. Udara sejuk mulai menyelaputi rumah yang baharu sebentar diserang oleh tentera facis-timur itu.
5. Dia berada di dalam kapal.
Tatabahasa17.08.2015
1
Tesaurus
 
malap (adjektif)
Bersinonim dengan muram, suram, pudar, kelam, samar-samar, remang-remang, buram, pusam, kabur, kabut, kabus, redup, mamang, aram-meraram, bureng, pirau, melindap, guram;,
Kata Terbitan : memalapkan, kemalapan,