Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang kunyit biarlah kunyit, Malang kunyit lambat berisi; Orang buncit biarlah buncit, Malang buncit tak dapat lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang pancang biarlah pancang, Malang pancang cepat lapuk; Orang panjang biarlah panjang, Malang panjang cepat bongkok.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang batu memanglah malang, Tercampak tidak timbul lagi; Orang berkuku bersenang-lenang, Anak-beranak berbagi rezeki.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Batang mempelam buah kuini, Buat gulai dalam kuali; Malang nasib diriku ini, Tidak siapa ambil peduli.Pantun Melayu SarawakNasib
Pepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang.Pantun Melayu SarawakNasib
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.



Lihat selanjutnya...