Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0
Kata Takrif Sumber
maki hamunberbagai-bagai makian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
maki hamunberbagai-bagai makian;Kamus Dewan Edisi Keempat
maki hamun = caci maki= caci ~ kata-kata yg sangat kasar dan keji;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyakitmendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
betah1 sanggup atau tahan menderita kesusahan: Siapa yg ~ menerima maki hamun setiap hari? 2 sudah berasa sesuai atau selesa: Selepas setahun, baru saya ~ tinggal di Petaling Jaya. 3 baik drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. membetahkan menjadikan betah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
betah1. sanggup atau tahan menderita kesusahan: Siapa yg ~ menerima maki hamun setiap hari? 2. sudah berasa sesuai atau selesa: Selepas setahun, baru saya ~ tinggal di Petaling Jaya. 3. baik drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. membetahkan menjadikan betah.Kamus Pelajar
hamuncaci, kutuk, maki, sumpah seranah: maki ~ berbagai-bagai makian; berhamun-hamun memaki-maki; menghamun, menghamuni mencaci maki, menyumpahi: bapanya ~ dan memaki dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpah I1. pengakuan yg dibuat (dgn ber­saksikan Tuhan atau sesuatu yg dianggap suci) utk menguatkan apa yg dikatakan dll: berani aku katakan ini dgn ~; dimakan ~ menderita (sakit dll) kerana membuat sumpah bohong; makan ~ a) sudah mengucapkan sumpah; b) membuat sumpah bohong; mengambil ~ menyuruh membuat sumpah; 2. pengakuan bahawa apa yg dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani men­derita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar); ~ potong ayam sumpah dgn menyem­belih ayam (bagi orang Cina sahaja); 3. kata­-kata yg mengutuk (maki hamun dll), kutuk, tulah: Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya; 4. janji yg teguh utk melakukan sesuatu, ikrar: baginda telah mengangkat ~ utk memerintah negeri ini dgn adil; ~ besi kawi sumpah dgn meminum air yg di dalamnya telah direndam besi kawi; ~ celur (celup) sumpah dgn mencelupkan tangan dlm air (minyak) yg mendidih; ~ jabatan Id sumpah yg dibuat pd waktu memegang jawatan; ~ jilat besi sumpah yg dibuat dgn menjilat besi panas; ~ keramat sumpah yg dibuat di tempat yg dianggap keramat; ~ menyelam sumpah yg dibuat oleh dua orang yg menyelam (siapa yg lebih lama dlm air dialah yg benar); ~ minum air keris sumpah dgn meminum air keris (yg dianggap sakti); ~ palsu sumpah bohong; ~ Quran sumpah yg dibuat dgn memakai Quran; ~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah; ~ setia sumpah utk menyatakan kesetiaan; ~ uji api sumpah dgn menggunakan api; bersumpah 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan ke­setiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; bersumpah-sumpahan sl saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji: maka kedua-duanya pun ~lah; menyumpah 1. mengucapkan sumpah, me­ngangkat sumpah, bersumpah: maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, Jika­lau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dgn barang siapa yg menyelamatkan beta; 2. = menyumpahi menghamburkan kata-­kata yg tidak baik kpd, mengutuki, menye­ranah: puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturun­an; dulu dia menyumpahi dirinya, disangka­nya tidak menurunkan baka; menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata­-kata yg kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut: beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah; mempersumpahkan 1. membenarkan mem­buat sumpah, menyuruh bersumpah; 2. mem­buat sesuatu kenyataan dgn sumpah, ber­sumpah; sumpahan sesuatu yg disumpah, sumpah: begitulah ~ ayahnya sbg ganjaran dosanya; persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar.Kamus Dewan Edisi Keempat
damprat; mendamprat Jk memaki hamun, mencaci maki; dampratan caci maki, celaan (keras).Kamus Dewan Edisi Keempat
hamput IIbp maki, marah, hamun: tiap-tiap hari ia kena ~; menghamput memaki, memarahi, meng­hamun: ia dihamput oleh orang tua yg naik radang itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
maki
Kata Terbitan : memaki, makian,