Kata |
Takrif |
Sumber |
macang | bacang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
macang | bp embacang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemang putar | sj tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, Mangifera maingayi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemang pulas | sj tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, Mangifera maingayi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memenget-menget | menusuknusuk lubang hidung (bkn bau), hangit: buah macang itu baunya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakit kelenjar (kelenjaran) | sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penget | (péngét); memenget-menget menusuknusuk lubang hidung (bkn bau), hangit: buah macang itu baunya ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemang I | sj tumbuhan (pokok), Mangifera kemanga; ~ pulas = ~ putar sj tumbuhan (pokok), lekub, macang pulasan, Mangifera maingayi; ~ air sj tumbuhan (herba air), keman air, Neptunia prostrata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelenjar | organ yg mensintesis bahan-bahan kimia dan merembesnya utk digunakan oleh badan atau utk disingkirkan; ~ peluh (air liur dll) kelenjar yg mengeluarkan peluh (air liur dll); sakit ~ (kelenjaran) sakit bengkak pd kelangkang (pd pangkal paha), sakit macang, sakit mangga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
embacang | sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg sangat kuat baunya), Mangifera foetida; ~ buruk kulit = busuk-busuk ~ prb nampaknya tidak pandai (buruk dll) tetapi yg sebenarnya pandai (baik dll); berbau bagai ~ prb sudah terdengar-dengar berita atau rahsia mengenai perbuatan jahat (maksud yg tidak baik); bacang, macang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
horse mango tree (Mangifera poetida) | pokok bacang/macang (Mangifera poetida) | Tiada | pokok bacang/macang (Mangifera poetida) | Pertanian |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
macang | macang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Mangifera spp., daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah lanjut, bacang, mangga, mempelam, pauh, dan rawa dan di Sabah ialah asam. Spesies utamanya termasuk Mangifera foetida, M longipetiolata, dan M. quadrifida. Gubal dan teras kayu kayu macang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kemerahan. Kebanyakan pokok macang menghasilkan kor yang berjalur hitam dan coklat muda, dan biasanya berkilau. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 645 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, dan papan lapis. Kornya yang berjalur digunakan dalam pembuatan perabot mewah, hiasan dalaman dan venir hirisan. |
horse mango tree (Mangifera foetida) | pokok bacang/pokok macang (Mangifera foetida) | Pertanian | Tiada | Tiada |
Anacardiaceae | Anacardiaceae | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Famili tumbuhan yang menghasilkan banyak spesies kayu dagangan. Dalam famili ini terdapat kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seperti kayu rengas, kor kayu macang dan sengkuang; dan untuk kayu kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebabkan algergi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
embachang | macang; embacang; sj tumbuhan (pokok dan buahnya). | Iban | |
beraseang | bacang, macang, embacang, Mangifera foetida. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb HID, METEO) Anacardiaceae (Anacardiaceae) Famili tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan banyak spesies kayu dagangan. Dalam famili ini terdapat kayu yang mempunyai corak ira yang menarik seper- ti kayu rengas, kor kayu macang dan sengkuang; dan untuk kayu kegunaan am yang baik seperti merpauh, lelayang, kundang serta pelajau. Beberapa spesies kayu dalam famili ini seperti rengas menghasilkan perengsa yang menyebab - kan alergi. (HUT
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
macang (embacang) | [ma.cang] | ماچڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata macang |
|
Puisi |
---|
|
Buah macang setangkai lebat, Jatuh mari ke dalam padi; Kalau putus tali penambat, Dia pulang tak balik lagi.
Lihat selanjutnya... |
|