Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Khidmat Nasihat ; ujian ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PORSELIN

Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi

kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering

dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia

pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh

keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya

(boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah

keluaran seramik yang paling keras, porselin

digunakan sebagai penebat elektrik dan

kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun,

porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk

membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga

patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis

porselin yang digunakan untuk tujuan ini

menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik.

UMUM
TALKUM

Talkum (formula kimia, Mg 3 Si 4 O 10 (OH) 2 ) ialah

mineral lembut yang terdapat dalam lapisan batu-batan

yang rata licin, dan dalam bongkah yang

padat. Ia terlalu lembut hinggakan ia boleh digores

dengan kuku, dan rasanya bersabun dan bergris.

Talkum adalah lut cahaya, yang bermakna bahawa

ia membenarkan cahaya melaluinya, tetapi ia tidak

lut sinar. Talkum berwarna putih, kehijauan atau

kelabu tua. Steatit (batu sabun) adalah talkum yang

padat. Ia digunakan sebagai bahan untuk ukiran di

Mesir dan China purba.

UMUM
TERA AIR

Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke

atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat

kertas. Lazimnya, tera air ialah tanda yang

ditinggalkan oleh dawai yang dibentuk supaya

menyerupai corak tera air dan dipasangkan pada

penggelek hias mesin Fourdrinier (lihat Kertas

[gambar rajah: Bagaimana kertas dibuat]). Ketika

corak dawai itu bersentuh dengan lapisan palpa

yang basah, suatu kesan tekanan yang lut cahaya

akan terjadi, dan boleh dilihat apabila kertas itu

dibentang di hadapan cahaya. Suatu tanda yang

kelihatan seperti tera air juga boleh dibuat secara

kimia di atas kertas yang sudah siap. Kertas yang

ditandakan dengan tera air sering digunakan pada

dokumen penting untuk membantu mencegah

peniruan atau pemalsuan.

UMUM
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(17331797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (17541827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM
KESAN RAMANFenomena yang boleh dicerap dalam serakan cahaya melalui bahantara lut sinar (pepejal, cecair atau gas).FIZIKTeori/Teorem/Hukum
OPTIK GENTIAN

Optik gentian ialah cabang fizik yang

berasaskan penghantaran cahaya menerusi

gentian lut sinar daripada kaca atau plastik. Optik

gentian ini boleh membawa cahaya pada jarak

yang berbeza-beza daripada beberapa sentimeter

hingga kepada melebihi 160 kilometer. Gentian ini

berfungsi secara individu atau dalam berkas.

Sesetengah gentian individu diameternya kurang

daripada 0.004 milimeter.

UMUM
1
Tesaurus
 
lut
Rujuk :mempan