Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak. Sengkenit sering membawa kuman penyakit tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang. |