Kata |
Takrif |
Sumber |
lucut | ; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lucut III | Mn hilang, lenyap; melucutkan 1. melenyapkan, menghilangkan; 2. membencanakan, mencelakakan; lucup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lucut II | ; melucut melecet, melocak, mengelupas (kulit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lucut I | ; melucut terlepas drpd pegangan (genggaman dll), luncur; melucuti 1. mengambil senjata drpd genggaman, merampas: mereka sendiri mahu dilucuti senjatanya; 2. ki melenyapkan atau merosakkan (maruah, kemuliaan, dsb): dia berhati-hati berkata-kata supaya tidak menyakitkan pendengaran, melukai perasaan atau ~ kemuliaan orang lain; negara itu telah dilucuti taringnya; melucutkan 1. menanggalkan (pakaian, perhiasan, dll), melepaskan (tali, ikatan, dll), meluluskan (gelang, cincin, dll): dgn gopoh, ia ~ pakaiannya; ~ orang drpd bahaya maut; gelang emas di tangan dilucutkannya; 2. ki menarik balik, mencabut balik, memansuhkan; ~ jawatan memberhentikan (drpd jawatan), memecat; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan; terlucut terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; perlucutan pelucutan; pelucutan perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; pelucut alat utk melucutkan sesuatu; ~ dawai pelurut dawai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luncur | 1 lucut drpd pegangan; terlepas; lulus: Wangnya ~ dr poket. 2 tidak berlaku lagi (bkn janji dll); lelap (bkn barang gadaian): Jam tangan yg digadaikannya itu telah ~. ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi. ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin. ~ angin sukan yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur sambil berpegang pd palang yg dipasangi layar. ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji. meluncur 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. meluncuri bergerak dgn cepat di: Kereta itu ~ jalan yg kecil dan gelap. meluncurkan menggerakkan sesuatu dgn cepat; melancarkan: ~ perahu. terluncur terlepas ke bawah; tergelincir. luncuran gerakan meluncur. peluncuran perihal (perbuatan dsb) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. peluncur 1 orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur angin dsb). 2 alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melondeh | tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain, seluar, dll), melorot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
locot II | ark ®lucut I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
londeh | (londéh) tanggal (lepas, lucut) ke bawah, (kain, seluar, dll), melorot; melondehkan menanggalkan (melepaskan, melucutkan) pakaian dgn mengeluarkannya melalui kaki, melorotkan; terlondeh tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar, dll), terlorot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terik | 1 tidak mudah terbuka atau terlucut (ttg ikatan dll); kemas; erat: Diikatnya bungkusan itu ~-~ supaya tidak terbuka. 2 sempit dan mencerut (ttg pakaian, spt seluar); sendat; ketat: seluar yg ~. 3 amat sangat (ttg panas matahari): Panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala. menerikkan menjadikan terik; mengemaskan; mengetatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali pinggang | tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
keep | penahan (lucut) | penahan (lucut) | penahan (lucut) | Perikanan |
escape | lepas/lucut | lepas/lucut | lepas/lucut | Perubatan |
chain stopper | penahan rantai | penahan (lucut rantai) | penahan (lucut rantai) | Perikanan |
bow stopper | penahan luar | penahan (lucut) luar | penahan (lucut) luar | Perikanan |
quick disconnect coupling | kopling lepa cepat | pengganding lucut pantas | pengganding lucut pantas | Kejuruteraan |
quick disconnect coupling | kopling lepa cepat | pengganding lucut pantas | pengganding lucut pantas | Kejuruteraan |
escape rhythm | iram lepas | rentak lepas/rentak lucut | rentak lepas/rentak lucut | Perubatan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Fizik | Tiada | Tiada |
divest | lucut hak | Ekonomi | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Perubatan | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Perhutanan | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Perubatan | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Geografi | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Kimia | Tiada | Tiada |
strip | lucut; lurut; jalur; kepingan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Jalur: Tiga atau lebih setem yang bersambung dalam satu baris sama ada melintang atau menegak. |
forfeit | lucut hak | Undang-undang | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lucut | lucut. | kedayan | |
lucut | 1 lepih [lpih]; 2 miyau [miyaw] | Melanau Dalat | |
mukah | lucut | TETAW | |
londeh | tanggal, lucut. | kedayan | |
lolos | lungso, lucut. | kedayan | |
leluih | londeh, lucut; | Melanau Mukah | |
lebuih I | lucut; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lucut | [lu.cut] | لوچوت |
locot (melocot, lucut) | [lo.cot] | لوچوت ( ملوچوت , لوچوت ) |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
divest | lucut hak | PERD |
nonforfeiture value | nilai tidak lucut hak | INS |
nonforfeiture option | opsyen tidak lucut hak | INS |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lucut; |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang.
Lihat selanjutnya... |
|