Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
RADANG

Radang ialah keadaan luar biasa tisu

sebahagian badan manusia yang menjadi

bengkak, panas, berwarna kemerahan, dan terasa

sakit. Gejala ini timbul akibat tindak balas badan

kepada pengganggu fizikal atau kimia atau

kepada agen jangkitan seperti bakteria.

UMUM
SILIMANIT

Silimanit ialah bahan luar biasa yang tergolong

dalam kumpulan besar mineral yang dikenali

sebagai silikat (lihat Silika). Formula kimianya ialah

Al2SiO5. Silimanit kadangkala dikenali sebagai

fibrolit. Ia berwarna perang, hijau pucat, atau putih

dan mempunyai kilauan bak kaca. Silimanit wujud di

Eropah Tengah, Brazil, dan Amerika Syarikat.

Silimanit dinamakan sempena nama ahli sains

Amerika, Benjamin Silliman (lihat Silliman,

Benjamin).

UMUM
MAGIS

Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh

seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia

ataupun kejadian semula jadi. Magis sering

kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil

itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan

perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang

mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk

membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang

mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan

benar-benar jatuh sakit.

UMUM
NARWHAL

Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik.

Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin

kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari

bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya

adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah

narwhal, kebanyakannya narwhal betina

mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal

betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang

muda menggunakan taring masing-masing untuk

bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang

diketahui, narwhal dewasa tidak pernah

menggunakan taringnya. Bagaimanapun,

kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung

taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan

untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan.

UMUM
PIS GURUN STURT

Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa

yang meliputi kawasan yang luas di bahagian

kontang di Australia pada musim yang baik.

Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh,

mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna

merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap

bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter,

dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua

kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang

panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang

kembang diikuti dengan lenggai yang sempit,

keras, berwarna perang, setiap satunya

mengandungi banyak biji keras.

UMUM
KAKI TOMBOL

Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa,

selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau

bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi

kemudian akibat daripada kemalangan atau

poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit

lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes.

UMUM
TAMBAK RAKSASA

Tambak Raksasa merupakan pembentukan

palam batu luar biasa di sepanjang pantai utara

Ireland Utara. Tambak ini mendapat namanya

daripada legenda lama bahawa tambak tersebut

dibina oleh Finn MacCool, juga dikenali sebagai

Fingal, untuk menghubungkan terusan dari Ireland

ke Scotland supaya raksasa boleh melaluinya. Finn

MacCool, ketua sepasukan pahlawan Ireland,

menjadi watak dalam banyak cerita Ireland purba.

Tambak ini terdiri daripada kira-kira 40 000 palam

basalt yang terjadi dengan jarak yang amat dekat

antara satu sama lain. Sesetengah palam tingginya

sehingga enam meter. Garisan pusat palam itu

antara 35 sentimeter hingga 50 sentimeter. Ahli kaji

bumi mempercayai bahawa tambak ini terjadi hasil

daripada pengecutan aliran lahar.

Lihat juga Basalt.

UMUM
PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA

Perkhidmatan Doktor Udara merupakan

suatu perkhidmatan perubatan yang luar biasa

bermula di Australia. Melalui perkhidmatan ini,

penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman

menerima perkhidmatan dan rawatan perubatan.

Perkhidmatan ini, secara rasminya dikenali sebagai

Perkhidmatan Doktor Udara Diraja, berpusat di 12

pangkalan radio utama. Ia terletak di Alice Springs,

di Wilayah Utara; Cairns, Mount Isa, dan Charleville,

di Queensland; Broken Hill, di New South Wales;

Port Augusta, di Australia Selatan; dan Kalgoorlie,

Meekatharra, Carnarvon, Port Hedland, Derby, dan

Wyndham, di Australia Barat. Dari pangkalan-

pangkalan ini, para doktor terbang lebih daripada

tiga juta kilometer setahun.

UMUM
DALI, SALVADOR

Dali, Salvador (19041989), pelukis surealisme.

Lukisannya yang luar biasa meletakkannya sebagai

salah seorang tokoh yang paling dikenali dalam

lukisan moden.

UMUM
EVERGLADES

Everglades ialah salah satu kawasan paya yang

paling menarik dan luar biasa di dunia. Kawasan

ini meliputi 7112 kilometer persegi, di bahagian

selatan Florida, Amerika Syarikat.

UMUM
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,