Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon Tuan-tuan dan puan-puan mengalisis kesalahan tatabahasa terhadap ayat yang di bawah.Perkataan ''menangani''adalah salah atau tidak salah? Menangani masalah luar biasa seperti pandemik Covid-19 memerlukan solusi dan keberanian tindakan yang luar biasa juga. | Perkataan menangani adalah betul dan boleh digunakan. Ayat yang betul ialah Menangani pandemik covid-19 memerlukan penyelesaian dan tindakan luar biasa. | Tatabahasa | 09.07.2021 |
1.perkataan luar biasa harus dieja rapat atau jauh? 2.adakah ayat- ayat di bawah betiul dari segi ejaan, imbuhan? -sambut baik nyanyi Negaraku di pawagam - Karim dinasihat berdialog dengan bekas pemimpin dahulu. - PM seru pegang 4 asas utama perpaduan | 1. Ejaan yang betul ialah luar biasa. 2. Frasa yang betul ialah "...menyambut baik nyanyian Negaraku di pawagam" dan "Karim dinasihatkan oleh ... berdialog dengan bekas pemimpin dahulu" dan "PM menyeru rakyat memegang 4 asas utama perpaduan". | Tatabahasa | 24.04.2014 |
Bolehkah saya menggunakan frasa 'Titik Jualan Unik' untuk 'Unique Selling Point'? | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Unique Selling Point' ialah: i. Faktor pelaris luar biasa ii. Faktor pelaris unik ii. Tumpuan jualan luar biasa | Makna | 12.04.2021 |
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih. | - Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
i. perahu (di Melaka); ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati; iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil. Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati. - Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
| Lain-lain | 26.01.2021 |
Salam, 1. Bagi perkataan yang selalunya hadir bersama-sama misalnya "larut malam", "luar biasa", "selamat malam", "zaman keemasan" itu dirujuk sebagai apa? kata atau frasa? Disebabkan contoh-contoh tersebut hanya terbentuk daripada dua patah perkataan sahaja, jadi bolehkah kesemua contoh di atas digolongkan sebagai frasa pendek? Sekian, terima kasih. | Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa boleh mengandungi hanya subjek atau hanya predikat. Oleh itu, "larut malam", "luar biasa", "selamat malam" dan "zaman keemasan" ialah frasa. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
Perkataan mukjizat boleh digunakan dalam konteks agama Kristian? | Mukjizat bermaksud kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ini bermakna, mukjizat merujuk kepada ajaran agama Islam. Untuk itu, tidak boleh digunakan untuk agama Kristian. | Lain-lain | 04.10.2015 |
ERTI PERKATAAN MAGIS | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. | Lain-lain | 01.06.2010 |
definisi bioperubatan | Bioperubatan merujuk kepada istilah biomedicine atau biomedical, yang bermaksud kajian perubatan tentang kesan tekanan persekitaran yang luar biasa terhadap manusia khasnya yang berkaitan dengan penerokaan ruang angkasa. | Istilah | 26.01.2007 |
Saya Haswanee Jekdoloh dan Saya ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna istimeywa | Istimewa membawa maksud: 1. khas (untuk sesuatu tujuan tertentu), khusus; 2. lain daripada yang lain, luar biasa. | Makna | 29.10.2015 |
adakah perkataan box office terdapat dalam bahasa melayu dan bolehkah ia digunakan dalam ayat bahasa melayu | Padanan yang tepat bagi box office ialah jualan terlaris dan sambutan hangat/luar biasa. | Istilah | 24.01.2007 |