Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bujur? Adakah terdapat perbezaan makna antara kedua-dua bentuk tersebut? | Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan. | Makna | 23.01.2019 |
Apakah perbezaan antara makna bentuk lonjong dan bundar? Adakah terdapat perbezaan antara kedua-dua makna bentuk tersebut? | Bentuk lonjong ialah bentuk yang bulat panjang seperti bentuk buah kundur manakala bentuk bundar ialah bujur seperti bentuk bulat yang dileperkan. | Makna | 23.01.2019 |
selamat petang . Apakah perkataan yang sesuai bagi bentuk bola ragbi. 1. Bola ragbi itu berbentuk bujur. 2. Bola ragbi itu berbentuk lonjong . Apakah perbezaan maksud antara perkataan bujur dan lonjong? Jika dalam ujian UPSR , perkataan manakah yang paling sesuai?? | Bola ragbi berbentuk bujur. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah entri ragbi. | Istilah | 02.09.2009 |
Assalam, saya inginkan pencerahan. Apakah jawapan untuk bentuk ikan bawal? A) leper B) bujur C) lonjong D) tirus Terima kasih | Untuk makluman puan, jika ikan tersebut dilihat dari arah hadapan, ia berbentuk bujur. Kalau ikan tersebut dibaringkan, dari arah tepi ikan tersebut akan kelihatan leper. | Lain-lain | 26.10.2018 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Lintas idea itu dalam fikiran saya ketika saya mendengar lagu. 2. Telur angsa berbentuk lonjong. Terima kasih. | Ayat pertama tidak gramatis kerana perkataan lintas tidak membawa makan yang tepat dalam konteks ayat tersebut. Ayat kedua gramatis dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.10.2012 |