Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Berikut merupakan rekod pertanyaan saya . FN + FSN 1.(Mereka) (ke Hutan Lipur Ulu Bendul.) *Pola ayat pertama di atas pasti betul kerana di depan kata sendi nama 'ke' tiada kata kerja. *Sekiranya di depan kata sendi nama terdapat kata inti yang merupakan kata kerja y , maka pola ayat menjadi FK?

Betul, pola ayat menjadi FN + FK sekiranya di depan kata sendi nama terdapat kata inti yang merupakan kata kerja. Contoh: Mereka melawat ke Hutan Lipur Ulu Bendul.

Tatabahasa06.10.2021
apakah beza makna perkataan nian dengan paling dan amat? bagaimanakah menjawab soalan begini jika jawapan wujud semua sekali. contohnya... kawasan air terjun di hutan lipur itu indah____. a) nian b) amat c) paling d) terlaluNian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh dan berfungsi sebagai kata penguat belakang, manakala paling merupakan kata penguat hadapan, oleh itu ayat yang betul kawasan air terjun di hutan lipur itu indah nian.  Tatabahasa07.07.2008
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

–nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. 
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021
Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan ke / di Hutan Liput Templer.Ayat yang betul ialah Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Templer. Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. Tatabahasa23.03.2010
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional?

Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. 

Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang.

Sekian dan salam. 

Lain-lain09.07.2009
1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman.Lain-lain08.05.2008
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009
1
Tesaurus
 
lipur
Kata Terbitan : melipurkan, penglipur,

Puisi
 

Hutan lipur tempat bermalam,
     Sungai Pahang airnya tenang;
Walaupun jauh rindu mengidam,
     Tapi bimbang masuk meminang.



Lihat selanjutnya...