Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Berat berbeban terasa penat, Jauh berjalan rasanya lesu; Kuingat tuan sepanjang hayat, Walaupun badan tiada bersatu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau malam orang berakit, Setelah siang badan pun lesu; Jikalau padam bintang di langit, Barulah hilang kasih sayangku.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hujan lebat guruh mendayu, Hari petang bertambah senja; Badan penat tubuh pun lesu, Bini garang habislah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang keduduk kayu hutan, Hijau biru kelihatan; Mana duduk di pangku tuan, Lemah lesu rasa badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
lesu (adjektif)
1. Bersinonim dengan lemah: letih, letah-letai, litak, lejar,

2. Bersinonim dengan merosot: mundur, menurun, berkurangan, surut, susut lemah, buruk,
Berantonim dengan rancak

Kata Terbitan : kelesuan,