Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pengesahan tatabahasa bagi tajuk program yang ingin dibangunkan. TAJUK: PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN LESTARI

Cadangan tajuk : (i). Program Melestarikan Pendidikan; (ii). Program Pendidikan Lestari. Lestari bermaksud tidak berubah, kekal dan tetap.

Tatabahasa20.02.2008
apa itu pembangunan lestari?Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal.Makna11.06.2012
apa itu pembangunan lestari?lestari-tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). pembangunan lestari=pembangunan tidak berubah...Tatabahasa25.07.2012
Salam sejahtera, Mohon pihak tuan mengesahkan tajuk yang sesuai daripada pilihan berikut: (i) Kerangka Rekabentuk Program Pendidikan Berterusan (berorientasikan teknikal) yang Lestari (ii) Kerangka Rekabentuk Program Teknikal yang Lestari untuk Pendidikan Berterusan Untuk makluman pihak tuan, program yang ingin dibangunkan adalah berkenaan program pendidikan berterusan yang berorientasikan teknikal dan mestilah bersifat lestari. Lestari yang dimaksudkan adalah sifat-sifat pembangunan lestari iaitu pembangunan yang memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang dari aspek alam sekitar, ekonomi, sosial dan budaya. Cadangan daripada pihak tuan amat dialu-alukan. Terima kasih.Cadangan : Melestarikan Kerangka  Reka Bentuk Program Pendidikan Berterusan (Berorientasikan Teknikal).Lain-lain29.02.2008
apa maksud lestariLestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna15.02.2009
Mohon semak tema untuk kovokesyen "Graduan Lestari Aspirasi Industri"Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa20.06.2015
lestarikekal, tetapLain-lain24.11.2008
maksud lestarimaksud lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal, tetap. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 932.Makna11.09.2008
Mohon pencerahan penggunaan istilah 'Generasi Lestari' (maksud sebagai generasi yang berilmu)Lestari bermaksud tidak berubah atau kekal atau dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Tidak ada maklumat tentang generasi lestari dalam pangkalan data kami dan generasi yang berilmu tidak sesuai diistilahkan sebagai generasi lestari.Tatabahasa01.04.2015
apakah beza antara mampan dan lestari? diterjemahkan sustainable leadership kepada bahasa malaysia kepimpinanan mampan atau kepiminnan lestari?mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah,kekal, tetap. Oleh itu kepimpinan mampan lebih sesuai. Makna14.02.2008
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lestari