Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; ujian ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
lesaptidak ada lagi; hilang; lenyap: Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal ~. melesapkan menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; melenyapkan: Dia dituduh ~ wang syarikat. pelesapan perbuatan atau hal melesapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lesaptidak ada lagi, hilang, lenyap: dia ingin tahu sesuatu berkenaan ayahnya yg telah hilang ~ itu; melesapkan menghilangkan, melenyapkan: dia dituduh pecah amanah kerana ~ wang syarikat; pelesapan perbuatan melenyapkan (wang, harta, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
resaphilang, lenyap, lesap: cecair itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya; meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai; meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku; teresap sudah diresapkan (diserapkan), ter­masuk dalam-dalam (rata-rata); resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pe­ngaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara; keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap; peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material.Kamus Dewan Edisi Keempat
hapus1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersih­kan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan se­suatu; 2. orang yg menghapuskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
resaptidak kelihatan lagi; hilang drpd pandangan; lesap: Tuan puteri pun ~lah, tiada ketahuan halanya. meresap 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. meresapi meresap pd; masuk ke seluruh bahagian: Salji di atas bumbung khemah itu cair dan ~ kain khemah lalu menitik ke dalam. meresapkan 1 membiarkan meresap rata-rata; menyerapkan. 2 ki menyerapkan (nasihat, fahaman dll) ke dlm hati, fikiran dsb. teresap sudah diresapkan. resapan apa-apa yg telah meresap. peresapan perihal (proses) meresap, meresapi atau meresapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lebuh IIPr, bp hilang (dicuri orang), lesap.Kamus Dewan Edisi Keempat
resaptidak kelihatan lagi; hilang dr pandangan; lesap: Tuan puteri pun ~lah, tiada ketahuan halanya. meresap 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. meresapi meresap pd; masuk ke seluruh bahagian: Salji di atas bumbung khemah itu cair dan ~ kain khemah lalu menitik ke dalam.Kamus Pelajar
berbahangmenjadi panas (hangat): kabus tebal sudah nipis dan beransur-ansur lesap kerana hawa sang suria telah mula ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
nakhoda1. pemimpin atau ketua perahu (kapal), juragan; 2. kapten kapal;bagai ~ kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa ke­rugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan); belayar dgn ~, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat; menakhodai menjadikan nakhoda kpd, mengetuai: kapal yg dinakhodai oleh orang Arab.Kamus Dewan Edisi Keempat
lelap1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur.Kamus Dewan Edisi Keempat
1