Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
GENTIAN OPTIKTiub halus boleh lentur yang diperbuat daripada kaca atau bahan lut sinar lain seperti plastik.FIZIKAlat/Alatan
DAWAI

Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan

boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata.

Hanya logam mulur, atau logam yang mudah

ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai.

Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli,

loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium.

UMUM
SUHU PERALIHAN KACASuhu bagi sesuatu bahan polimer berubah daripada keadaan tegar (keadaan berkaca) ke keadaan lembut dan boleh lentur (keadaan bergetah). Peralihan yang biasa berlaku pada bahan berberat molekul rendah ialah perubahan keadaan antara pepejal, cecair, dan gas. Bagi bahan berberat molekul tinggi seperti polimer, peralihan ke keadaan gas tidak pernah tercapai kecuali jika terjadi tindak balas penguraian. Peralihan daripada keadaan pepejal ke cecair juga tidak jelas dan tidak berlaku secara mendadak, melainkan jika polimer itu mempunyai kehabluran yang tinggi. Bagi bahan polimer biasa, zon peralihan yang penting ialah peralihan kaca Tg dan peleburan hablur Tm.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
KULIT

Kulit ialah sejenis bahan yang kuat dan mudah

lentur, yang diperbuat daripada kulit haiwan. Kulit

lembu merupakan sumber utama kulit selain kulit

rusa, kambing, babi dan biri-biri yang digunakan

dengan meluas. Kulit yang istimewa diperbuat

daripada kulit buaya, jerung dan ular. Proses

menukar kulit haiwan menjadi barangan kulit

untuk membuat objek yang berguna disebut

penyamakan.

UMUM
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM
1
Tesaurus
 
lentur
Kata Terbitan : melentur, melenturkan,