Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana kita menterjemahan Terminology used in bending of metal sheet/plate dalam bahasa melayu seperti berikut: Bend length Bend allowance Setback Bend angle Bend radius Bevel angle | Istilah bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut: bend length - panjang lentur bend allowance - basi lentur setback bend - lentur ke belakang/lentur belakang angle bend - lentur sudut radius - radius bevel angle - sudut serong | Istilah | 29.02.2016 |
Saya ingin bertanya mengenai perkataan resilient. Bolehkah saya menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan sifat peribadi individu seperti semangat tidak mudah lentur atau ada perkataan lain yang boleh menggambarkan sifat individu? | Perkataan "resilient" boleh digunakan untuk menggambarkan semangat tidak mudah lentur. | Makna | 07.11.2021 |
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih | 1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. | Makna | 25.02.2010 |
Assalamualaaikum. Apakah jawapan yang tepat bagi ayat berikut.Terima kasih. Dawai ampaian yang (lentur/melentur) itu perlu ditegangkan untuk menyidai pakaian. | Jawapan yang betul ialah dawai ampaian yang melentur itu perlu ditegangkan untuk menyidai pakaian. | Tatabahasa | 24.05.2010 |
Maksud sealant di dalam bahasa melayu bagi istilah kejuruteraan | Maksud sealant dalam bahasa Melayu bagi bidang kejuruteraan ialah Bahan yang digunakan untuk menampal celahan bagi mengelakkan kebocoran ataupun maksud yang kedua ialah Bahan mudah lentur yang dipasang pada bahagian sambungan untuk menghalang resapan air, angin ataupun habuk daripada menembusinya.
| Istilah | 02.07.2020 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor 3.Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor 4.Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane 5.Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader 6.Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader 7.Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair - Kerusi Roda Ruang Boleh Condong 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor - Konveyor Pulih Guna Paip Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 3. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor - Konveyor Tiub Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 4. Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane - Kren Gantri Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 5. Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader - Pemunggah Barj Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 6. Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader - Pemunggah Kapal Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 7. Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder - Penyuap Grizli Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat
| Istilah | 09.05.2016 |
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI?? | Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal. | Lain-lain | 27.04.2008 |