Kata |
Takrif |
Sumber |
lengang | 1 tidak sibuk; sepi: Rumah itu ~ saja kerana penghuninya balik ke kampung. 2 sunyi atau sepi: Dia berasa ~ apabila anak-anaknya pergi ke sekolah. melengangkan menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. kelengangan keadaan lengang; kesunyian; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengang | 1. tidak sibuk, tidak ramai orang, sepi: penduduk tempat itu amat ~ , barangkali hanya dua orang dlm kawasan satu batu persegi; 2. (berasa) sunyi atau sepi, berasa tersendiri: ia bersama-sama keluar mencari kekandanya itu kerana merasai ~ hidup dgn kehilangan saudara; melengangkan menjadikan lengang, menyepikan: pemindahan beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; kelengangan perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelengangan | keadaan lengang; kesunyian; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melengangkan | menjadikan lengang; menyepikan: Perpindahan belia-belia ke bandar telah ~ kampung tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelengangan | perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melengangkan | menjadikan lengang, menyepikan: pemindahan beramai-ramai oleh penduduk kampung itu telah ~ suasana kampung tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hening | 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. keheningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keheningan | 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sunyi | 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. | Kamus Pelajar |
hening | 1. tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2. sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1. menjadikan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2. menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. keheningan 1. keadaan hening; kejernihan. 2. keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
empty | adj 1. containing nothing, kosong: there are several ~ boxes outside, ada beberapa kotak kosong di luar; my purse is ~, beg duit saya kosong; 2. destitute of people or human activity, lengang: the street was ~ at night, jalan itu lengang pd waktu malam; 3. carrying no load, passengers, etc, kosong: an ~ wagon, gerabak kosong; 4. vacant, unoccupied, kosong: the house has been ~ for six months, rumah itu telah kosong selama enam bulan;5. without effect, force, significance, kosong; (of pleasure) tanpa /erti, makna/: ~ promises, janji-janji kosong; an ~ dream, impian kosong; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deserted | adj 1. abandoned, ditinggalkan: a ~ hut, pondok yg ditinggalkan; 2. empty, sunyi, kosong, lengang: the city is ~ during the festive season, bandar raya itu sunyi pd musim perayaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dead | 9. out of action or use, a. (of electric circuit, telephone line, etc) terputus; b. (of radio, television) rosak; c. (of microphone, telephone, etc) rosak; d. (of battery) mati; 10. deserted, lengang, sepi: the market place seemed ~, pasar itu kelihatan lengang; 11. complete, unrelieved, [no specif translation]: suddenly the water became ~ calm, tiba-tiba air laut menjadi tenang; as a writer he is a ~ failure, dia gagal sama sekali sbg penulis; the car was brought to a ~ stop, kereta itu diberhentikan; its a ~ certainty that he will win, dia pasti akan menang; 12. (of matchstick) sudah /dipakai, digunakan/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
empty | vi 1. discharge contents, mengalir masuk: the river empties into the sea, sungai itu mengalir masuk ke laut; 2. become empty, a. (of cistern etc) menjadi kosong: the water tank empties in a few minutes, tangki air itu menjadi kosong dlm beberapa minit; b. (of street etc) menjadi lengang: the playground emptied as darkness fell, taman kanak-kanak itu menjadi lengang apabila malam tiba; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
halt 1 | n 1. temporary stop, berhenti: after a brief ~ the march continued, selepas berhenti sebentar perarakan itu bergerak semula; bring to a ~, cause to discontinue, menyebabkan terhenti; (deliberately) menghentikan: the recession brought production to a ~, kemelesetan telah menyebabkan pengeluaran terhenti; he brought the car to a ~ on a lonely stretch of road, dia menghentikan keretanya di jalan yg lengang; call a ~ to, menghentikan: police called a ~ to the search when darkness fell, polis menghentikan gerakan mencari apabila malam tiba; its time we called a ~ to this feuding, sudah masanya kita menghentikan segala persengketaan ini; come to a ~, berhenti: the van came to a sudden ~, van itu berhenti dgn tiba-tiba; 2. stopping-place for train, perhentian kereta api; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
low | musim lengang | Pelancongan | Tiada | Keadaan di destinasi pelancongan yang tidak ramai pelancong dalam tempoh tertentu. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lengang | mengit [mit] | Melanau Dalat | |
lengang | kelengangan kasunyian. | kedayan | |
lengang | sunyi; | kedayan | |
bekoh | lengang | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lengang | [le.ngang] | لڠڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengang; |
|
|