Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
rendah kolesterol atau kolesterol rendah dan rendah lemak atau lemak rendah , jika kita mahu beriklan"GLICEMIC INDEX rendah " atau " rendah GLICEMIX INDEX" ? Terima Kasih.Dalam pangkalan data kami istilah yang ada ialah rendah kolesterol dan lemak rendah. Istilah yang dibina daripada frasa lemak rendah lebih banyak dalam pangkalan data kami. Oleh itu, kami cadangkan frasa Glisemik Indeks Rendah.Istilah02.07.2012
Apakah terjemahan istilah Essential Fatty Acid (EFA) yang betul? Ada yang menyebut Asid Lemak Perlu. Ada pula menyebut Asid Lemak Penting. Ada juga yang menyebut Asid Lemak Utama. Mohon bantuan. Terima kasih.Istilah yang betul ialah asid lemak perluIstilah09.03.2011
Ayat yang manakah betul? a) Lemak yang terkumpul di dalam badan. b) Lemak yang terkumpul di badan.Ayat yang betul ialah Lemak yang terkumpul di dalam badan.Tatabahasa11.01.2015
Tuan, saya ingin tahu penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat berikut: 1)Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. atau 2) Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasihObesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Frasa sendi nama di dalam digunakan kerana badan mempunyai ruang fizikal yang boleh diketahui dengan jelas.Tatabahasa30.05.2012
Melalui jawapan yang diberikan oleh pihak tuan, padanan bagi perkataan overlaying ialah sertaan dan perkataan overlaying fat menjadi lemak sertaan. Walau bagaimanapun, perkataan selepasnya pula ialah overlaying ialah melapisinya. Adakah perkataan overlaying fat boleh ditukarkan kepada lemak lapisan? It may contain accompanying and overlying fat together with portions of bone, skin, sinew, nerve and blood vessels that normally accompany the muscle tissue and are not separated from it in the process of dressing. It may be accompanied by edible organs.. Ia boleh mengandungi lemak sertaan dan lapisan bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan. Kami juga ingin mencadangkan peruntukan di atas dipadankan seperti yang berikut: Ia boleh mengandungi lemak yang ada bersamanya dan melapisinya bersama-sama dengan bahagian tulang, kulit, urat, saraf dan pembuluh darah yang biasanya ada bersama tisu otot dan tidak dipisahkan daripadanya semasa proses pelapahannya. Ia boleh disertai dengan organ-organ yang boleh dimakan.. Adakah cadangan kami ini boleh digunakan terutamanya bagi padanan accompanying and overlaying fat tersebut.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

accompanying and overlaying fat - lemak sertaan dan lapisan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
Apakah terjemahan tepat bagi istilah "trans fat", "lemak trans" atau "translemak"?Padanan trans fat ialah lemak trans.Penyemakan dan penterjemahan16.07.2019
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas?Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas.Tatabahasa31.10.2019
salam tuan soalan. Beberapa _________ timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak. jawapan A. hirisan B. potongan B atau B yang mana tepat tuanJawapan yang tepat ialah Beberapa hirisan timun diletakkan di atas hidangan nasi lemak.Tatabahasa29.10.2017
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "long-chain polyunsaturated fatty acids (LC-PUFA)"? Adakah "asid lemak rantai panjang politaktepu" atau terdapat padanan yang lain?Cadangan terjemahan bagi "long-chain polyunsaturated fatty acids (LC-PUFA)" ialah asid lemak politaktepu rantai panjangMakna18.07.2021
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lemak

Puisi
 

Lemak manis santan kelapa,
     Buah berangan dalam padi;
Hitam manis anak siapa,
     Rasa berkenan dalam hati.



Lihat selanjutnya...