Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Glosari Dialek Kedah
Entri Fonetik Kelas Kata Makna Ayat Dialek Sebutan Ayat Maksud Ayat
lekeh[lE.keh]kata adjektifberkenaan orang, binatang yang kurus, kerdil, kecil; kemereh.Badan depa adek-beradek lekeh saja macam kambin hak depa bela jugak.[bA.dAn dE.pA A.de/.b«.ÒA.de/ lE.keh sA.dZA mA.tSAm kAm.bin hA/ dE.pA b«.lA dZu.gA/]Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
tak keteruih[tA/ k«.t«.Òuih]tidak berkeupayaan, lemah atau lekeh, tidak mampu.Sampai nak tanggong belanja anak bini pon tak keteruih, apa guna jadi laki.[sAm.pAj nA/ tAN.goN b«.lAn.dZA A.nA/ bi.ni pon tA/ k«.t«.Òuih A.pA gu.nA dZA.di lA.ki]Belanja anak isteri sendiri pun tak tertanggung, apa guna jadi suami.
kemereh[k«.mE.rEh]kata adjektifberkenaan orang, binatang yang kurus, kerdil, kecil; lekeh.Badan depa adek-beradek kemereh saja macam kambin hak depa bela jugak.[bA.dAn dE.pA A.de/.b«.ÒA.de/ k«.mE.rEh sA.dZA mA.tSAm kAm.bin hA/ dE.pA b«.lA dZu.gA/]Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
cekop tiang[tS«.kop ti.jAN]kata namasejenis permainan kanak-kanak, iaitu (mendakap) tiang yang bilangannya kurang daripada bilangan pemain. (Misalnya empat tiang untuk direbut oleh lima orang pemain).Genap-genap kali maen cekop tiang, Dogoi seluloi kalah pasai dia lekeh sikit.[g«.nAp.g«.nAp kA.li mAen tS«.kop ti.jAN d.gj se.lu.loj kA.lAh pA.sAj di.jA lE.kEh si.kit]Setiap kali bermain cekup tiang, Dogol selalu kalah kerana dia agak lembap.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lekeh