Selaran matahari ialah keradangan kulit yang menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam, demam, dan lemah. Pendedahan yang berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit sebelum masanya dan kanser kulit. |