Apakah maksud 'kubur tanpa nisan' dalam konteks ayat ini: 'idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan? | Contoh ayat yang diberikan tidak lengkap, walau bagaimanapun, “kubur tanpa nisan” merupakan sejenis kiasan, iaitu ibarat. Jika dilihat pada konteks ayat, “idaman akan hancur lebur ibarat kubur tanpa nisan” boleh membawa pengertian "sesuatu yang diimpikan atau impian yang akan musnah tanpa ada sebarang tanda atau petunjuk". | Makna | 06.05.2020 |
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih. | 1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair 2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair. 3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant. | Istilah | 25.10.2016 |
Hi, good day to you. 1. May i know how to translate the word of "burnout" or "burned out" to malay? does it shares the similar meaning of exhaustion? 2. the translation of "I feel used up at the end of the workday" | Hasil carian dalam data PRPM kami, maksud burnout dalam bidang kejuruteraan dan komunikasi ialah bakar lebur, bakar habis, atau rentung. Maksud exhaustion dalam bidang psikologi dan perubatan ialah keletihan atau kelesuan. | Makna | 27.12.2018 |
Boleh saya dapat terjemahan untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Normalized the data 2. Microscope field 3. Armophous head 4. Quinoneimine 5. Catalyse 6. Lyophilized 7. Solid phase two-site enzyme immunoassay 8. Stop solution 9. Plat sealer 10. Plate shaker 11. Washing buffer solution 12. Enzyme Conjugates 13. Peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies 14. 96-well microtiter plate 15. Tris base 16. Low melting agar 17. Normal melting agar 18. Gavage needle 19. Pouch and seal ziploc 20. Butylated hydroxytoluene 21. Calibrator for kit | 1. normalized the data - penormalan data atau menormalkan data 2. microscope field - medan mikroskop 3. amorphous head - kepala amorf 4. quinone imine - kuinon imina 5. catalyse - istilah yang dicadangkan ialah memangkinkan (istilah yang ada ialah catalysed - termangkin, catalyst - mangkin) 6. lyophilized - istilah yang dicadangkan ialah meliofilkan atau terliofil (istilah yang ada ialah lyophil - liofil, lyophilization - liofilisasi) 7. solid phase two-site enzyme immunoassay - terjemahan yang dicadangkan ialah imunocerakin enzim dua tapak fasa pepejal 8. stop solution - larutan henti 9. plat sealer - pemateri plat atau pengedap plat 10. plate shaker - penggoncang plat 11. washing buffer solution - larutan penimbal basuh 12. enzyme conjugates - konjugat enzim 13. peroxidase-conjugated anti-insulin antibodies - terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah antibodi antiinsulin berkonjugat peroksidase 14. 96-well microtiter plate - plat mikrotiter 96 telaga 15. tris base - bes tris 16. low melting agar - agar-agar lebur rendah 17. normal melting agar - agar-agar lebur normal/agar-agar lebur biasa 18. gavage needle - jarum gavaj 19. pouch and seal ziploc - kantung dan kedap ziploc 20. butylated hydroxytoluene - hidroksitoluena dibutilkan 21. calibrator for kit - penentukur untuk kit | Istilah | 07.08.2012 |
Apakah seramik, porselin dan tembikar merujuk benda yang sama? Terima kasih. | Tembikar ialah jenis seramik, manakala porselin ialah salah satu bahan yang digunakan untuk membuat seramik, selain tanah liat. Takrifan seramik, tembikar dan porselin dalam Kamus Dewan Perdana ialah: seramik [se⋅r⋅mik] n 1 barang yg dihasilkan drp tanah liat, mis tembikar, pasu dan jubin: Kami menyediakan seramik berukir bagi hiasan dalaman masjid tsb. 2 bahan yg keras, rapuh dan mempunyai takat lebur yg tinggi yg dibuat drp tanah liat: Seramik yg paling penting ialah tanah liat tradisional. 3 seni dan teknik membuat barang-barang drp tanah liat, tembikar dsb: Karya yg dipamerkan ialah seni catan, cetakan, seramik, anyaman dan foto yg merupakan hasil kerja tangan pelajar UPSI. berseramik [br⋅se⋅r⋅mik] ktt ada seramik atau berhias dgn seramik: Ruang dapur atas berseramik biru menjadikan dapur tampak mewah. tembikar [tm⋅bi⋅kr] n 1 cawan, mangkuk, pinggan dll yg dibuat drp tanah liat yg dibakar dan bergilap; 2 serpihan tembikar, cawan, mangkuk dll; tembereng; porselin [por⋅s⋅lin] n bahan yg dibuat drp campuran tanah liat, kuarza dsb, yg dipanaskan sehingga menjadi pepejal putih yg licin, keras dan digunakan sbg penebat elektrik, peralatan dapur, makmal dsb; berporselin [br⋅por⋅s⋅lin] ktt mengandungi porselin: bahan batuan berporselin. Semoga jawapan ini menjawab persoalan tuan. Terima kasih. | Makna | 22.03.2023 |