Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
pattern | pola | Bentuk dan struktur lazim yang memaparkan corak penggunaan bahasa. |
collocate | kolokat | Perkataan yang berganding secara lazim atau mempunyai gandingan kekerapan yang tinggi dan bukan secara rawak. |
ASCII | ASCII | Kod standard berasaskan tujuh (7) bit yang lazim digunakan dalam komputer untuk mewakilkan aksara. |
downward collocation | kolokasi menurun | Senarai gandingan sesuatu kata (kolokat) dengan kata nodus yang nisbah gandingannya semakin berkurang. Kolokasi menurun lazim berlaku apabila digandingkan dengan kata leksikal berbanding kata fungsian. |
Concordance (R. J. C. Watt) | Concordance (R.J.C. Watt) | Perisian konkordans berasaskan Windows yang dibangunkan oleh R. J. C. Watt yang mempunyai pelbagai fungsi lazim konkordans. Perisian ini tidak lagi boleh diakses bermula 1 Januari 2016. |