Kata |
Takrif |
Sumber |
lawak-lawak | tempat makanan kuda (burung dll), palung; tinggi ~ suka hidup berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawak-lawak | perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olok-olok | main-main, lawak-lawak: bangkangannya itu hanya ~ sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawak II | Mn; lawak-lawak tempat makanan kuda (burung dll), palung; tinggi ~ suka hidup berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olok | ; olok-olok main-main, lawak-lawak: bangkangannya itu hanya ~ sahaja; bukan ~ bukan main-main, sungguh-sungguh; gambar ~ gambar sindiran, karikatur; masak ~ Mn selalu dipermainkan orang; berolok-olok bermain-main, berlawak-lawak: ~ boleh, tak ada halangannya, asal berketika dan pd tempatnya; mengolok-olokkan, memperolok-olok, memperolok-olokkan, memperolokkan mempermainkan dgn perkataan atau perbuatan (spt mengejek dll): selalu orang ~ Pak Dolah; aku tidak suka diperolok-olokkan spt ini; saudara telah memperolok-olok saya; olok-olokan, olokan olok-olok; perolok-olokan main-main: unsur-unsur sendaan, ~ dan sihir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palung | 1. tanah lekuk yg bertakung air, paluh; 2. petak atau kotak tempat makan (minum) binatang (kuda, lembu, dll), lawak-lawak; 3. sj saluran panjang yg berpetak-petak tempat mengasingkan bijih drpd batu-batu dll; 4. saluran air (drpd buluh dll); 5. Kd sj bekas utk mengisi semaian; ~ ikan bekas atau kotak drpd kaca tempat memelihara ikan, akuarium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawak I | jenaka, kelakar: ahli-ahli ~ yg terkenal akan mengambil bahagian dlm pertunjukan itu; lawak-lawak perbuatan yg menggelikan hati (lucu); ~ main bunga tahi prb olok-olok biasanya membawa kpd perselisihan; berlawak, berlawak-lawak, melawak, melawak-lawak melakukan atau membuat sesuatu yg menggelikan hati (melucukan), berjenaka, berolok-olok; pelawak 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banyol | Jk 1. jenaka, lawak; 2. = banyolan tukang lawak;membanyol berjenaka, berlawak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelawak | 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinggi | 1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~ ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan); meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari; setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengan-dungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, sebanyak-banyaknya: baginda mengucapkan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan penghargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; meninggikan 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yg lebih berat; ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduknya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
manger | n feeding trough for cattle, horses, etc, palung, lawak-lawak, tapakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trough | n 1. long, shallow container, palung, lawak-lawak: long ~s for food and water for horses, palung panjang tempat makanan dan air utk kuda; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
monkey-tricks | n (colloq) lawak: hes up to his ~ again, dia mula buat lawak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stooge | vi; ~ for so., menjadi rakan lawak (bagi) sso: he spent ten years stooging for the same comedian, selama 10 tahun dia menjadi rakan lawak bagi pelawak yg sama. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stooge | n 1. (theatr) butt for a comedians jokes, rakan lawak: the comedian had two ~s, pelawak itu mempunyai dua orang rakan lawak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
buffoonery | n lawak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
jester | n badut, tukang lawak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
motley | n jesters coat, baju tukang lawak istana. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gag 2 | n joke, jenaka, lawak, lelucon: thats an old ~, itu jenaka yg sudah lapuk. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knockabout | adj 1. (of theatrical performance) slapstick: a ~ comedy, lawak jenaka slapstick; 2. (of clothes) tahan lasak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
low comedy | riawara kasar | Komunikasi | Korporat | Jenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar. |
harlequinade | harlekuinada | Kesusasteraan | Tiada | Pertunjukan yang disertai badut atau tukang lawak dalam komedi atau pentomin. |
musical comedy | komedi muzik | Kesenian | Tiada | Persembahan muzik yang mempunyai lawak jenaka, nyanyian dan tarian. |
jest | jenaka | Kesusasteraan | Tiada | Perbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati, lawak. |
extra turn | selingan tambahan | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan lain seperti tarian, lawak jenaka dan nyanyian untuk mengisi masa sementara pertukaran set pentas dilakukan. Selingan tambahan telah menjadi sebahagian daripada ciri utama dalam persembahan bangsawan. |
buffoon | watak lucu | Kesenian | Drama dan Teater | Peranan dalam drama yang diwujudkan dengan ciri lawak untuk tujuan mengurangkan tegangan emosi dalam urutan cerita sesebuah drama. |
aristocrat | bangsawan | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater Melayu yang menggunakan unsur lakonan, muzik, tarian, nyanyian dan lawak serta kelengkapan pentas dalam bentuk set tirai. Secara tradisinya, persembahan bangsawan tidak mempunyai skrip dan banyak bergantung pada kebolehan para pelakonnya untuk membawa cerita. Kebiasaannya, kisah dalam bangsawan berkisar tentang raja-raja dan golongan bangsawan. Terdapat juga kisah berdasarkan sejarah tempatan, kisah Islam, cerita Hindi, cerita Cina dan lain-lain. Bangsawan berasal dari Bombay, India dan dibawa oleh sekumpulan pelakon teater Parsi (dikenali sebagai wayang Parsi) yang menyampaikan persembahannya dalam bahasa Urdu. Apabila wayang Parsi tidak lagi aktif, persembahan bangsawan diambil alih oleh pelakon tempatanyang menubuhkan kumpulan bangsawannya sendiri dalam bahasa Melayu. Contoh cerita bangsawan ialah Jula Juli Bintang Tujuh, Laksamana Mati Dibunuhdan Bawang Putih Bawang Merah. Sinonimwayang Parsi. |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud mengisi. |
satyr play | drama satir | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira. |
antilithic | antikarang | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat menghalang, memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kalkulus seperti batu karang. Contohnya, ekstrak rizom temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) yang bersifat antikarang. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
lawak | Kulit yang keras pada beberapa jenis buah. 2. Kulit kelapa yang keras dibelah dua (untuk bekas air dll). 3. Sesuatu yang menyerupai tempurung. | bilawak | bertempurung mempunyai kulit yang keras | Katak deuwah lawak | - | Katak di bawah tempurung | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
paan III | bekas drpd buluh yg dijadikan tempat makanan burung, lawak-lawak. | Melanau Mukah | |
lawak | lawak, janaka. | kedayan | |
lawak | pukih [pukih]; ukij [ukij] | Melanau Dalat | |
lawak II; ~ nyaem | rumpair, alga. | Melanau Mukah | |
lawak I | kulapuk, hapak; ~ bau nasek mebaei kulapuk atas nasi yg basi; | Melanau Mukah | |
jenaka | lawak | TETAW | |
jenaka | jenaka, lawak: ~siyen pengan telou tetawa jenakanya membuat kita ketawa; serita ~ cerita jenaka; | Melanau Mukah | |
seluruk, selurok | seloroh; 1 menggelikan hati, lucu; 2 gurau senda, kelakar, lawak, lelucon, olok-olok: delouyen tetawa menaah ~ a lakei iyen mereka tertawa mendengar seloroh orang tua itu; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lawak-lawak | [la.wa/.la.wa/] | لاوق٢ |
lawak | [la.wa/] | لاوق |
melawak-lawak | [me.la.wa/.la.wa/] | ملاوق-لاوق |
berlawak-lawak | [ber.la.wa/.la.wa/] | برلاوق-لاوق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata lawak-lawak |
|
|