Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
saya ingin mengetahui maksud "di lata" secara lebih mendalam yang diguna pakai dalam syair menyambut pelajaran (buku komsas tingkatan 1). Setakat ini saya sukar untuk mengaitkan perkataan tersebut dalam syair untuk diterangkan kepada anak murid saya.

Berdasarkan maksud 'Syair Menyambut  Pelajaran', frasa "di lata" yang dimaksudkan ialah

taraf yang terkebawah.

Lain-lain26.04.2008
orang yang paling hinaOrang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa (iaitu orang yang paling rendah martabat lagi miskin.Lain-lain17.12.2006
perkataan apakah yang membawa maksud orang yang hina sekalihina-dina =hina-lata =hina-leta =hina-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin (rujuk Kamus Dewan).Makna26.12.2006
1. Betulkah penggunaan perkataan pelataan dalam tajuk yang berikut. BENGKEL KERJA PELATAAN PENGAJARAN ABAD KE-21 2. Apakah maksud sebenar lata? 
Tiada istilah "pelataan" dalam pengkalan data kami. Sila gantikan perkataan "pelataan" dengan perkataan lain dalam tajuk bangkel tersebut.
Lain-lain06.09.2015
Saya mohon cadangan utk terjemahan perkatan BI cascading KPI. Boleh kah menggunakan Pelataan Petunjuk Prestasi Utama?Sila kemukakan konsep cascading untuk rujukan kami. Maksud "cascading" ialah sesuatu keadaan yang berjujukan/bersusun atau disambung secara lata. Adakah makna tepat dalam konteks yang tersebut?Penyemakan dan penterjemahan04.06.2015
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bintang tujuh dan orang yang hina sekali dipanggil apaBintang tujuh ialah gugusan bintang yg tujuh banyaknya. Orang yang hina sekali dipanggil orang yang hina-dina atau hina-lata atau hina-leta atau hina-papa.Makna13.12.2006
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "css"? Ia juga dipanggil sebagai "Cascading Style Sheets" dan ia berkenaan computer programming. Maksud: http://en.wikipedia.org/wiki/Cascading_Style_Sheets Terima kasih.Istilah untuk "cascading style sheet" dalam bidang Teknologi Maklumat ialah lembaran gaya lata.Istilah15.10.2012
Saya ingin tahu, apakah padanan bahasa Melayu bagi perkataan "deprecate" (istilah komputer)? Dalam bidang komputer, perkataan bahasa Inggeris "deprecate" bermaksud "tidak menggalakkan penggunaan sesetengah istilah, ciri-ciri, atau amalan di dalam suatu suasana pembangunan komputer, selalunya kerana ianya telah digantikan dengan yang baharu ataupun kerana ianya dianggap sudah tidak efisien atau tidak selamat untuk digunakan tetapi istilah, ciri-ciri atau amalan tersebut tidak dibuang sepenuhnya, tidak dilarang penggunaannya, dan penggunaannya tidak salah justeru tidak boleh dikutuk atau dikecam." contohnya seperti, 1) Unsur di dalam bahasa tandaan hiperteks (HTML) telah "deprecate" setelah wujudnya lembaran gaya lata (CSS). (Bahasa Inggeris: The element was DEPRECATED in the hypertexts markup language HTML after the existance of Cascading StyleSheet CSS.) 2) Pengenalan modul cifs di dalam inti Linux telah meng-"deprecate" modul smbfs. (Bahasa Inggeris: The introduction of cifs module in Linux kernel has DEPRECATED the smbfs module.) 3) Fungsi piawai gets() di dalam bahasa pengaturcaraan C adalah "deprecate" kerana ia boleh menyebabkan limpah atas penimbal terhadap atur cara yang menggunakan fungsi tersebut. (Bahasa Inggeris: The standard function gets() in C programming language is a DEPRECATE since it could cause a buffer overflow to the programs using the function.) Kesemua contoh di atas menunjukkan sesuatu yang "deprecate" masih boleh dTiada maklumat berkaitan kata deprecate dalam bidang komputer dalam pangkalan data DBP. Daripada konteks penggunaan yang diberikan, kami mencadangkan padanan isih atau pengisihan sekiranya bersesuaian dengan maksud yang anda utarakan. Kami akan memajukan pertanyaan istilah ini kepada Jawatankuasa Istilah Semasa DBP dan keputusannya akan dimaklumkan kepada anda.Makna14.12.2017
1
Tesaurus
 
lata
Kata Terbitan : melata,