Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
LARUT LESAP

Larut lesap, proses kimia yang berlaku kepada sesuatu bahan atau medium yang dilalui olah larutan akua.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
BUKIT LARUT

Bukit Larut ialah kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MINYAK

Minyak. Sebarang bahan bergris yang tidak larut

dalam air tetapi boleh dilarutkan dalam eter

dikelaskan sebagai minyak. Terdapat pelbagai jenis

minyak. Kebanyakannya lebih ringan daripada air

dan menjadi cecair pada suhu bilik. Beberapa

contoh minyak yang lain, seperti lemak haiwan dan

lemak mentega, beku pada suhu bilik.

UMUM
SESIUM

Sesium ialah unsur logam lembut, berwarna

keperakan. Garam sesium larut, seperti sesium

karbonat dan sesium klorida, tersebar banyak

dalam kepekatan rendah dalam air garam dan air

mineral. Ahli sains Jerman, Robert Bunsen dan

Gustav Kirchhoff mengesan sesium pada tahun

1860. Pada tahun 1882, ahli kimia Carl Setterberg

mengasingkan logam tulen.

UMUM
MORDAN

Mordan ialah bahan kimia yang berpadu dengan

pewarna untuk mencegahnya daripada mudah

larut. Pewarna semata-mata mungkin luntur, tetapi

sebatian yang terbentuk daripada pewarna dan

mordan tidak akan luntur, dan dengan itu

warnanya tahan lama. Mordan biasa termasuk

garam kromium, ferum, aluminium, timah dan

logam-logam lain. Ia adalah mordan bes atau

mordan logam. Ia digunakan dengan pewarna

asid dan juga pewarna langsung. Asid tanik, asid

laktik dan asid oleik adalah lain-lain mordan biasa.

Ia dikenali sebagai mordan asid, dan berpadu

dengan pewarna. Sebatian mordan bes dengan

pewarna dinamakan lak. Apabila alizarin, iaitu

pewarna asid dimordankan dengan garam

aluminium bes, ia mewarnakan kain kapas

menjadi merah terang, yang dinamakan merah

Turki .

Lihat juga Lak (Pewarna).

UMUM
ARGENTUM NITRAT

Argentum nitrat ialah bahan kimia yang

digunakan dalam ubat dan industri. Formula kimianya

ialah AgNo 3 . Bahan kimia ini mudah larut dalam air. Ia

boleh membakar kulit dan menyebabkan keracunan

yang teruk atau mengakibatkan maut apabila

terminum. Doktor menggunakan argentum nitrat

untuk melecuhkan (bakar) luka bagi mengelakkan

pendarahan atau jangkitan, dan untuk membuang

kutil. Doktor menggunakan larutan argentum nitrat

cair untuk merawat penyakit mata dan kulit yang

tertentu, dan sebagai antiseptik. Sesetengah negara

mengehendaki setiap bayi yang baru lahir dirawat

dengan larutan argentum nitrat untuk mengelak

daripada buta.

UMUM
PIGMEN

Pigmen ialah sejenis bahan berwarna

dalam bentuk serbuk, yang memberikan warna

kepada bahan lain. Ini dilakukan dengan

mencampurkannya dengan bahan itu atau

menyapu satu lapisan nipis pada permukaan bahan

itu. Pigmen tidak larut tetapi kekal terampai dalam

cecair apabila ia dicampurkan atau dikisar dalam

cecair untuk membentuk cat. Bahan berwarna yang

larut dalam cecair dan memberikan kesan

warnanya dinamakan pencelup. Pelbagai kaedah

mengecat berbeza daripada satu sama lain pada

bahan yang disapu dengan warna tersebut. Tetapi

pigmen yang digunakan adalah sama dalam semua

jenis.

UMUM
NITRIT

Nitrit ialah sebahagian anion nitrit (NO 2 ) dan

sesetengah unsur lain. Anion ialah ion bercas

negatif. Nitrit tak organik adalah stabil dan larut

dalam air. Kebanyakan nitrit organik dibuat

daripada alkohol. Ia adalah tidak stabil apabila

berada dalam asid, tetapi ia berada dengan stabil

dalam larutan neutral dan beralkali lemah.

UMUM
KOLOID

Koloid ialah bahan yang terdiri daripada

zarah seni satu bahan yang terserak (teragih),

tetapi tidak larut dalam bahan lain.

UMUM
KELIAN PAUH

KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak.  Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini.  Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya.  Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh.  Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang.  Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,