Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Memberi petua ke anak cucu; Adat dijaga lembaga dipegang, Negeri bertuah umat bersatu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Duduk terpuji senonoh berdiri; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi suluh negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Elok budi sempurna sifat; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi pelita umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Jadi teladan yang muda; Adat dijaga lembaga dipegang, Jadi pedoman sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Walaupun beruk merasa gerun, Nampak manggis lapang dadanya; Walaupun datulah tua rabun, Nampak gadis terang matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Taat laki sayang ke bini, Anak dibela berdada lapang; Adat berdiri tenang negeri, Tertolak bala muka belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,