Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.

Takrif

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang.

Takrif

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditelan tak sengkang.

Takrif

Semuanya berjalan dengan lancar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tepung kena ragi.

Takrif

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lancar;