Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang derhaka, Orang derhaka ditimpa laknat; Sifat berseteru mengundang celaka, Datang celaka hidupkan tenat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat mengingat hutang, Sehabis daya ia lunaskan; Membuang adat laknat dan datang, Terkikis nama binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang khianat, Orang khianat dimakan kutuk; Menurutkan nafsu datanglah laknat, Orang terlaknat matinya teruk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila parang tidak diasah, Lambat-laun akan berkarat; Apabila orang tidak bermaruah, Laknat turun badan melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila tiang tidak disimpal, Lambat-laun tentulah retak; Apabila orang rosak perangai, Laknat turun seteru pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Siapa suka bermain ombak, Lambat-laun pastilah karam; Siapa melupakan ibu bapak, Laknat turun mati direjam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Labu manis dimakan semut, Tak dapat lagi dimakan orang; Malu habis iman pun hanyut, Laknat menanti badan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1
Tesaurus
 
laknat
Rujuk :kutuk