Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang lahir biarlah lahir, Supaya cepat beranak lagi; Orang pandir biarlah pandir, Supaya dapat diinjak lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pantun Melayu kepada ulama, Ulama terpuji lahir dan batin; Senonoh laku mulia nama, Ke mana pergi hidup terjamin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Daun pandan bunga melati, Rendam di air waktu pagi; Baik cari bidan yang reti, Anakku lahir tak lepas lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tak ada si buah labu, Takkan berair batang cendana; Kalau tak ada ayah dan ibu, Takkan lahir manusia ke dunia.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
1
Tesaurus
 
lahir
1. Bersinonim dengan lahiriah
( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan terbit
( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah,

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.



Lihat selanjutnya...