Moore, Thomas (17791852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk Believe Me If All Those Endearing Young Charms, The Last Rose of Summer dan Oft in the Stilly Night. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. |