Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam Sejahtera. Saya adalah salah seorang peminat puisi terutama yang diterbitkan oleh pihak DBP. Seringkali juga menyertai pertandingan mencipta lagu-lagu puisi anjuran DBP, walaupun setakat ini gagal keperingkat akhir. Antara puisi-puisi pilihan untuk dilagukan ialah yang ditulis oleh Zurinah Hassan. SOALAN: BOLEHKAH saya memuatkan lagu-lagu puisi ciptaan saya dari puisi Zurinah Hassan yang gagal keakhir dalam pertandingan anjuran DBP kedalam 'BLOG' saya menerusi YOUTUBE? PERLUKAH saya memohon kebenaran bertulis dari pihak DBP? APAKAH ada lain-lain syarat yang perlu dipatuhi.? TIADA tujuan komersil, cuma sekadar memaparkan minat saya dalam bidang seni. SEINGAT saya ada tiga buah puisi Zurinah Hassan yang dipetik dari buku 'Pujangga Tidak Bernama' terbitan DBP telah saya lagukan untuk menyertai pertandingan berkenaan. Mohon penjelasan. Sekian. Terima Kasih.

Salam takzim,

Sumbangan saudara secara berterusan dalam kegiatan penyebaran karya puisi kepada kalangan masyarakat melalui penyertaan dalam Sayembara Mencipta Lagu Puisi amat dihargai.  Dimaklumkan bahawa hanya lagu-lagu puisi yang layak ke peringkat akhir sahaja yang menjadi hak penganjur iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menerbit dan merakam lagu-lagu tersebut. Justeru, karya lagu puisi saudara yang tidak berjaya ke peringkat akhir menjadi hak milik saudara untuk diterbitkan dan disebarkan.  Namun demikian pihak kami menasihati saudara  agar menghubungi penyair Zurinah Hassan (016-2598049) terlebih dahulu sebelum menerbitkannya bagi medapatkan izin terbit naskhah puisi tersebut.

Selamat maju jaya.

Lain-lain29.11.2010
koleksi lagu atau koleksi lagu-lagu, mana yang betul?Yang betul ialah koleksi lagu, kerana koleksi telah menunjukkan banyak lagu.Tatabahasa11.03.2010
assalamualaikum& salam sejahtera... apakah maksud sebenar bagi ayat 'malar segar'. Adakah ia sesuai digunakan bagi penggunaan dibawah? penggunaan: 'saksikan persembahan artis terkenal dengan lagu-lagu malar segar...'Wa'alaikum salam. Malar segar bermaksud terus menerus segar. Maknanya sesuatu itu sentiasa segar seperti dalam lagu-lagu keroncong, asli, ghazal dsbnya yang sedap didengar oleh telinga. Ayat tersebut sesuai bergantung pada konteks lagu apa yang dinyanyikan oleh penyanyi tersebut.Apakah ia lagu seperti yang dinyatakan di atas atau sebagainya. Terima kasih.Lain-lain24.11.2006
Lagu lagu di Malaysia sering menggunakan perkataan COBA. Mana yang betul? Cuba atau COBA? Adakah salah menggunakan COBA? Apa maksud tuntas?Ejaan dan sebutan yang betul dan baku ialah cuba. Coba tidak baku dari segi sebutan dan ejaan. Makna tuntas menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif dan makna lain ialah singkat dan tegasLain-lain19.01.2009
salah sejahtera, "Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina & India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa melayu & memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" adakah ayat "memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain" sesuai digunakan? jika tidak, boleh pihak tuan cadangkan ayat yang lebih gramatis.. terima kasihSalam sejahtera,

Penyertaan hanya terbuka kepada peserta berketurunan Cina dan India, menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang lain. Ayat tersebut boleh digunakan kerana tidak terdapat kesalahan di dalamnya.
Lain-lain05.08.2015
yang mana betul? Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. atau Emak membeli satu kilogram setengah gula di kedai. Saya mempunyai koleksi lagu-lagu P.Ramlee. atau Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee.Yang betul ialah; 1. Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. 2. Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee.Tatabahasa19.05.2007
Selamat sejahtera.. apa perbezaan antara lunak dan merdu? Jika ayat : suara Zainal amat _______ apabila mendendangkan lagu-lagu berentak tradisional. Apakah jawapan yang tepat antara lunak dan merdu? Terima kasih.Lunak ialah lembut dan merdu contohnya penyanyi itu sangat lunak suaranya.
Merdu ialah enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dan lain-lain).
Kedua-dua jawapan betul.
Lain-lain28.08.2015
Tuan, 1) Kata "memang" ialah kata penguat atau kata bantu? 2) Adakah ayat di bawah gramatis? Nenek saya memang gemar lagu-lagu keroncong. Sekian, terima kasih. Cik Ooi

1. Perkataan memang ialah kata keterangan.  

2. Ayat yang betul ialah "Nenek saya memang gemar mendengar lagu keroncong". 

Tatabahasa14.03.2009
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
Tuan, didalam buku aturcara yang dihadiri oleh Sultan terdapat Nanyian Lagu Negara Ku dan lagu Negeri adakah betul didalam buku aturcara disebut Lagu Negara Ku di mainkan atau didendangkan atau tidak disebut terus, apa pandangan tuan, terima kasihDalam senarai atur cara yang betul ialah Nyanyian Lagu Negaraku, bermaksud tidak hanya lagu negaraku dimainkan tetapi hadirin bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.Lain-lain17.02.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lagu.

Puisi
 

Sayang lagu serampang laut,
     Kulit timun atas meja;
Layang terbentang kemudi berpaut,
     Hendak sampai ke tepi juga.



Lihat selanjutnya...