Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Saya kurang jelas dengan penggunaan frasa kerja gabungan. Memaju dan meningkatkan (X) Memajukan dan meningkatkan (/) Warna dan suaikan ATAU warnakan dan suaikan?Jawapan yang betul ialah memajukan dan meningkatkan serta warnakan dan sesuaikan.Tatabahasa08.01.2021
Saya kurang jelas dengan penggunaan kata 'belaka', kerana ayat dan penjelasan yang diberikan dalam bahagian "maklum balas pelanggan" agak berlainan sama sekali. Sila buat penjelasan yang lebih mendalamBelaka bermaksud semuanya dengan tidak ada kecuali. Justeru, penggunaan perkataan "belaka" dalam ayat boleh menunjukkan jamak seperti "anak Pak Ali cantik belaka".Tatabahasa16.05.2014
Saya kurang jelas tentang penggunaan frasa "..... bercerita tentang " dan " bercerita mengenai"Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana kata 'tentang' dan 'mengenai' adalah saling berganti, bergantung pada keadaan yang tertentu. Tatabahasa10.07.2008
Assalamualaikum. Saya kurang jelas dengan penterjemahan yang tepat bagi frasa "peripheral patent". "Peripheral" menurut laman web DBP adalah "peranti persisian", tetapi tiada carian internet / kamus dijumpai bagi frasa "paten peranti persisian", sedangkan ada carian internet dijumpai bagi "paten perisian". Mohon khidmat nasihat tuan/puan. Terima kasih.Terjemahan bagi perkataan peripheral patent masih belum wujud dalam data kami, ini merupakan cadangan terjemahan yang sesuai bagi peripheral patent ialah paten peranti persisian.Makna15.09.2020
Assalamualaikum. Saya kurang jelas beza perkataan FORUM dan PERSIDANGAN. Mohon penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  forum  ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan untuk perbincangan terbuka  3. tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Persidangan merujuk kepada perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah;Makna15.10.2015
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang.Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.Tatabahasa17.04.2014
Saya masih kurang jelas dengan erti perkataan 'rekayasa' dan tidak yakin untuk menggunakannya takut-takut berlaku "malapropism". Harap pihak tuan dapat memberikan beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan rekayasa.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekayasa ialah penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja, dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: DBP harus lebih serius merekayasa bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta.Makna16.06.2009
Salam sejahtera, Saya kurang jelas akan jawapan yang diberikan oleh DBP "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga merupakan buku edisi baharu. Oleh itu, saudara bolehlah merujuk buku tersebut". Bolehkah pihak DBP tolong jelaskan? Terima kasih.

Saudara,

Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga merupakan buku terkini.

Lain-lain27.07.2010
Salam sejahtera, Saya kurang jelas tentang penggunaan ialah dan adalah. Satakat yang saya faham: "ialah" merujuk kepada kata nama. dan "adalah" untuk kata sifat.

Saudara Din,

'Ialah' dan 'adalah' merupakan kata pemeri. "Ialah' digunakan secara persamaan atau ekuatif dan hadir di hadapan frasa nama. Contohnya, Antara perkara yang dibincangkan ialah masalah moral negara. 'Adalah' digunakan secara huraiandan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya, Sumbangan beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat. Sila rujuk buku tatabahasa Dewab Edisi Ketiga, halaman 263-264.  

Tatabahasa28.08.2009
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,