Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Soalan dalam lampiran fail.Pihak kami ambil maklum atas apa yang tuan sampaikan. Jawapan yang betul ialah "kurang daripada" kerana perkataan "daripada" dalam konteks pertanyaan tuan menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contoh: Harga kain itu kurang daripada harga biasa.Tatabahasa30.03.2019
penggunaan yang mana betul sedikit sebanyak atau sedikit banyakYang biasa digunakan ialah sedikit sebanyak yang bermakna lebih kurang.Ejaan10.11.2006
"Ampunkan ................. tuanku", sembah pengawal istana itu. A. beta B. patik C. hamba Apakah jawapannya, saya kurang pasti patik atau hamba. Tolong terangkan kepada saya. Terima kasih.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Oleh itu jawapan yang tepat ialah B. patikIstilah01.10.2015
bagaimana cara saya hendak menulis surat mengikut panduan dari halaman web ini. terima kasih zulkifileeMaksud sdr kurang jelas, surat tersebut ditujukan kepada siapa dan adakah yang dimaksudkan oleh sdr surat rasmi atau surat biasa? Sila jelaskan apa yang sebenarnya diperlukan. Terima kasih.Tatabahasa25.10.2007
tlong bgi perbzaan cra jwb bgian c,alih btuk teks puisi,prosa,lras... cth-alih bntuk bhasa ikln kpd bntuk prosa biasa??? JELASKAN... apa plu tmbh n apa y x plu dletkkn.Soalan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul.Lain-lain24.06.2011
SALAM SEJAHTERA SAYA NAK PURCHASE ITEM KAD CATUMAN DALAM SARONG/ENVELOP. BIASA TERDAPAT DI TADEKA KELUARAN DBP, ADA KAD / GAMBAR OBJEK/BEWARNA SERTA NAMA. BOLEH KIRINKAN PADA SAYA MELALUI EMAIL GAMBARAN SEBENARNYA SERTA KOS PEMBELIANNYA. SEKIN,TERIMA KASIHAssalamualaikum tuan,

Mohon maaf, pertanyaan tuan kurang jelas. Sila nyatakan dengan lengkap persoalan yang hendak diajukan.
Lain-lain19.10.2023
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya.Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka.Makna28.01.2011
Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'viewer'. Dalam konteks ini, 'viewer' ialah orang yang melihat dokumen. Contoh ayat: Viewers are not allowed to edit documents. Terjemahan biasa bagi 'viewer' ialah penonton tetapi saya berpendapat kurang sesuai untuk konteks ini. Mohon bantuan tuan. Terima kasih.Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah pembaca, pemerhati atau pengulas selain penonton mengikut konteks bahan.Penyemakan dan penterjemahan12.03.2019
Assalamualaikum, Apakah terjemahan bahasa malaysia yang sesuai untuk skala likert ini, neither agree nor disagree, disagree moderately, disagree a little. Sekian,terima kasih.DBP tidak mempunyai terjemahan yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Antara perkataan yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut: berkecuali, agak bersetuju,, kurang bersetujuLain-lain08.11.2016
Salam sejahtera, Sila menolong saya dalam penyelesaian soalan yang akan saya lampirkan. Walaupun telah saya rujuk hukum ayat songsang dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, saya masih kurang jelas dengan soalan yang telah saya lampirkan. Harap pihak DBP dapat membantu saya. Saya memang memerlukan bantuan anda. Terima kasih.ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 457, terbitan DBP.Tatabahasa17.09.2010
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,