Kata |
Takrif |
Sumber |
kuntum | 1 bunga yg hampir kembang. 2 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga. berkuntum tumbuh (berada) dlm bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru ~. menguntum menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguntum | menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuntum I | 1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun; 3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga; berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan; menguntum 1. sbg kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; menguntumkan ki memberikan (melemparkan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; terkuntum mulai berkembang (bunga); kuntuman bentuk-bentuk kuntum: pakaian biru bertaburan dgn ~ bunga-bungaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuntum II | kudung: jari ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguntum | 1. sbg kuntum, mulai berkembang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dasar | 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya berwarna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, bersandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, berlandaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: keperluan-keperluan yg paling ~ bagi zamannya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ penulisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baju kuntum | sj baju potongan Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kudup | kuntum (bunga), kudu, kuncup (bunga). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jantung pisang | kuntum bunga pisang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jantung pisang | kuntum bunga pisang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
head | 14. compact mass of leaves, biji: a ~ of cabbage, sebiji kubis; 15. cluster of flowers at the top of a stalk, kuntum; 16. animal in a flock or herd, ekor: he runs one hundred ~ of cattle, dia memelihara seratus ekor lembu; 17. promontory, tanjung tinggi; 18. mind, kepala, otak, fikiran: its all in your ~, itu semua hanya dlm fikiran kamu; 19. natural ability, bakat: I have no ~ for business, saya tdk ada bakat dlm bidang perniagaan; 20. topic, tajuk: you can discuss this question under several ~s, kamu boleh membincangkan persoalan ini di bawah beberapa tajuk; 21. see HEADMASTER; 22. see HEADMISTRESS; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
into | 7. (indic change) a. (in condition, consistency), (used with intransitive v) menjadi; (used with transitive v) ke dalam: the bud soon developed ~ a flower, kuntum itu berkembang menjadi bunga; a story about how an ugly duckling turned ~ a beautiful swan, cerita ttg bagaimana seekor anak itik hodoh bertukar menjadi seekor angsa yg cantik; the couch converts ~ a bed, kerusi panjang itu dapat diubah menjadi katil; to turn everything one touches ~ gold, apa saja yg disentuh menjadi emas; b. (in form) ke dalam; (involving change in currency) kepada: to turn os assets ~ cash, menukarkan aset sso ke dalam bentuk tunai; to convert dollars ~ baht, menukarkan dolar kpd baht; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
early | 3. before the expected or usual time, awal: she came ~ and we were not ready, dia datang awal dan kami belum siap lagi; the train arrived ~ today, kereta api tiba awal hari ini; a few ~ roses, beberapa kuntum bunga mawar yg muncul awal; 4. in the near future, soon, agak segera, awal: an ~ reply, jawapan yg agak segera; an ~ decision, keputusan yg agak segera; its too ~ to tell, terlalu awal utk membuat tanggapan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bud | n 1. rudimentary growth of, a. (branch, leaf) tunas: ~ grafting, cantuman tunas; b. (of flower) kudup; in ~, a. producing undeveloped branches or leaves, sedang bertunas; b. producing undeveloped flowers, mengeluarkan kudup; 2. partially opened flower, kuntum; 3. any bud-like growth, tunas: taste ~, tunas rasa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
caper | kaper (sayur) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kuntum bunga yang dijeruk di dalam garam dan cuka sebagai bahan perasa, yang boleh didapati di Greece, Afrika Utara dan Eropah Selatan. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
busak | bunga (bukan pokok dan daun), kuntum | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kuntum | kuntum. | kedayan | |
ubub | kuntum; 1 kucup bunga: ~ bunga kuntum bunga; 2 ki gadis usia belasan tahun; 3 penjodoh bilangan bagi bunga: telou ~ bunga kenanga tiga kuntum bunga kenanga; | Melanau Mukah | |
kuntum | kutum [kutum] | Melanau Dalat | |
susou II | 1 tangkai kecil drpd tandan pokok palma; 2 bunga yg mengandungi madu di bawah kelopak atau kuntum jantung pisang. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb 5/18/11 9:02 AM 103 )ghalaṭ( طلغ )gham( مغ راميتوب ،کروخمغ )ghamkhorak, būtīmār( )ghamgīn( نيگمغ )ghonche, shekūfe( هفوکش ،هچنغ )gheyb( بيغ )gheyrat( تريغ salah, ralat kesedihan pucung sedih kuntum ghaib cemburu wrong sadness heron sad bloom, bud invisible emulation تريغ طلغ Kamus Parsi.indb 103 5/18/11 9:02 AM 104 )Fārsī( ىسراف )fāṣele, jāy-e khālī( ىلاخ
|
Kamus Sains.indb yang terdapat pada sesetengah protozoa flagelat. (BIO) antherozoid (anterozoid) Lihat gamete, male gamete. (BIO) antherozoid mother cell (induk sel anterozoid) Lihat androcyte. (BIO) anthesis (antesis) Jangka masa umur bunga sejak kuntum bunga mengembang sehingga pem- bentukan buah. (BIO) anthocyanidin (antosianidin) Pigmen antosianin tanpa gula yang juga dikenali sebagai aglikon. Contohnya, pelargonidin, sianidin dan delfinidin. (TEKMA) anthodium (antodium) Kapitulum floret seperti yang terjadi kebocoran tekanan di kepala telaga. (KEJ) pollen basket (raga debunga) Bulu pada belakang tibia lebah pekerja yang membolehkan debunga melekat padanya semasa menyunting bunga dan memindahkan debunga tersebut ke kuntum bunga yang lain. Sinonim corbiculum. (BIO) polydispersity index (indeks poliserakan) Ukuran serakan berat molekul yang dijelaskan sebagai nisbah purata berat molekul (M w ) terhadap purata nombor berat molekul (M n
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kuntum | [kun.tum] | کونتوم |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
kuntum | bloom , bud | غنچه،شکوفه | ghonche , shekūfe |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuntum |
|
Puisi |
---|
|
Dari Gersik ke Surabaya, Singgah memetik kuntum delima; Sungguh malang nasib saya, Sudah berputik balik berbunga.
Lihat selanjutnya... |
|