Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layu | Mekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Selamat petang, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan kecut adalah sinonim yang sesuai untuk perkataan "kuncup"? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih. | Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan kecut bersinonim dengan 1. Takut, gentar, gerun, gementar, tidak berani 2. (kulit) lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut. Kuncup pula bersinonim dengan kuntum, kudup dan kudu. Oleh itu, kedua-duanya berbeza. | Makna | 09.09.2020 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |