Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
etching techniqueTeknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik.
ferromagnetic materialBahan yang mempunyai sifat kuat menarik daya magnet. Contoh bahan feromagnet ialah besi, nikel, gadolinium dan kobalt.
sputteringProses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas.
electron beamAliran elektron yang dihasilkan oleh haba (pancaran termion), hentaman yang dikenakan pada atom atau zarah (pancaran elektron sekunder) atau medan elektrik (pancaran medan) yang kuat. Elektron diselarikan (kolimat) oleh lubang dan celahan. Keadaan lubang dan celahan yang mempunyai medan elektrik dan medan magnet menyebabkan elektron dibelokkan, difokuskan, dan bertenaga.
Volmer-Weber growth (VW)Satu pertumbuhan filem tipis di atas substrat dengan cara beberapa lapisan permulaan tumbuh sebagai pulau yang berpusat pada tapak penukleusan. Pulau ini akan membesar sehingga menyentuh antara satu sama lain. Pertumbuhan Volmer-Weber berlaku apabila saling tindakan antara atom jerap lebih kuat berbanding saling tindakan atom jerap dengan permukaan substrat. Filem tipis yang dihasilkan melalui pertumbuhan Volmer-Weber adalah kasar. Pertumbuhan Volmer-Weber digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan VW.
nanosized grainPerihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer.
deoxyribonucleic acid (DNA)Polimer panjang yang merupakan ulangan nukleotida. Nukleotida ini terdiri daripada enam komponen molekul, iaitu dua purina-adenina (A) dan guanina (G), dua piramidina- sitosina (C) dan timina (T), gula-deoksiribosa dan asid fosforik. Purina dan pirimidina dipanggil asas. Panjang DNA ialah 2.2 nm - 2.6 nm. DNA wujud sebagai gabungan pasangan molekul bebenang yang bergabung kuat yang membentuk heliks berganda. Bebenang pertama dipanggil bebenang pengekodan dan bebenang kedua dipanggil bebenang pelengkap. DNA membawa maklumat genetik yang dipanggil gen. Maklumat genetik ini dibaca dan dipindahkan oleh RNA ke dalam protein supaya sel dapat menjalankan metabolisme. Molekul DNA dapat digunakan dalam nanoelektronik, elektronik molekul dan nanomekanik.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuat-kuat

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.



Lihat selanjutnya...