Planck, Max Karl Ernst Ludwig (18581947) ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan perhatian kepada kajian termodinamik. Dia tertarik dengan fenomena penyerapan dan pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran. Teori baru ini telah membawa pembaharuan dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik. |