Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya mohon nasihat pihak DBP berkaitan tajuk "KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PENGANTARA HUBUNGAN KUALITI SISTEM, KUALITI MAKLUMAT, KUALITI PERKHIDMATAN DAN BUDAYA ORGANISASI DENGAN KEPUASAN PENGGUNA SISTEM BERSEPADU KPM". | Cadangan tajuk yang diberikan tiada kesalahan dari segi tatabahasa. Walau bagaimanapun, puan perlu berbincang dan merujuk penyelia atau pensyarah untuk mendapatkan maklumat dan pandangan yang lebih bersesuaian dengan konsep kajian puan. | Lain-lain | 13.12.2023 |
kualiti air tingkatkan kualiti hidup | Kualiti air meningkatkan kualiti hidup. | Tatabahasa | 07.04.2015 |
Penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" dalam ayat berikut, yang mana betul: 1. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "ialah" kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. 2. Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang "adalah' kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. | Ayat yang betul ialah Aspek yang dinilai untuk menjadi guru yang cemerlang ialah kualiti komunikasi dan kualiti suara sewaktu pengajaran. Kata pemeri ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. | Tatabahasa | 31.05.2012 |
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. | Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Mana yang lebih tepat moto ini: 1. Menerajui Integriti Memasti Kualiti, atau 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti. Terima Kasih. | Moto yang betul ialah 2. Menerajui Integriti Memastikan Kualiti | Tatabahasa | 31.12.2012 |
Salam. Mana ayat yang betul? 1. Kesan krisis air ialah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian. 2. Kesan krisis air adalah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian. | Jawapan yang betul ialah “Kesan krisis air telah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian” atau “Kesan krisis air telah menjejaskan kualiti tanah dan aktiviti pertanian”. | Tatabahasa | 15.01.2022 |
salam sejahtera, berikut merupakan dasar kualiti organisasi MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISME MELALUI PERLAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI saya ingin meminta pandangan, adakah ayat dasar kualiti ini terdapt sebarang kesilapan tatabahasa? contohnya perlaksanaan? terima kasih. | Ayat yang betul ialah; MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM YANG CEMERLANG DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KORPORAT KEMENTERIAAN KESIHATAN MALAYSIA, IAITU PENYAYANG, KERJA BERPASUKAN DAN PROFESIONALISME MELALUI PELAKSANAAN PENAMBAHBAIKAN YANG BERTERUSAN BERASASKAN PIAWAIAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI. | Tatabahasa | 14.11.2013 |
Adakah kata sendi nama 'daripada' diperlukan dalam ayat di bawah: Akibat daripada tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. Atau ayat di bawah lebih sesuai: Akibat tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. | Ayat yang betul ialah, Akibat tindakan daripada manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. | Lain-lain | 23.05.2020 |
Saya ingin membuat pengesahan "tagline" untuk kempen yang akan dilancarkan di syarikat kami : KUALITI BERMULA DENGAN SAYA Diharap encik dapat membuat pengesahan mengenai slogan kata kempen kami. Terima Kasih | Frasa "Kualiti bermula dengan saya", betul dari aspek bahasa. Bgitu juga dengan frasa "Kualiti bermula daripada saya". Pandangan kami, sebagai pihak yang berwenang puan lebih memahami maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 16.03.2015 |
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ? | 1. Menghasilkan produk farmaseutikal secara konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 4. Menggunakan Teknologi Terkini. 5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir. 6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan. 7. Kualiti adalah tangungjawab semua. 8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat. | Tatabahasa | 05.09.2014 |