Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KRISIS

 KRISIS, novel karya Alias Ali. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Federal Berhad, Kuala Lumpur, pada tahun 1966. Pada tahun 1982, novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling dengan judul yang sama, Crisis, dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

SASTERAKarya
STEWART, JAMES

Stewart, James (19081997) ialah pelakon Amerika

yang tinggi lampai dan mempunyai gaya bercakap

yang lambat. Stewart telah muncul dalam lebih 70

buah filem. Dia menjadi terkenal kerana peranannya

sebagai seorang rakyat Amerika kelas pertengahan

yang jujur serta berani menghadapi krisis.

UMUM
TALIAN SEGERA

Talian segera ialah sistem dua hala telegraf-teleprinter

yang menghubungkan Washington

D.C., dengan Moscow. Talian segera ini dikenali

dengan nama rasmi Direct Communications Link .

Talian ini membolehkan Presiden Amerika Syarikat

dan Presiden Rusia berhubung secara terus dan

serta-merta apabila sesuatu krisis antarabangsa

berlaku. Tujuannya ialah untuk mengurangkan

risiko berlakunya peperangan disebabkan oleh

salah faham.

UMUM
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA

KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,