Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA

GABUNGAN MELAYU PATANI RAYA, pertubuhan politik Patani yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bagi memperjuangkan kemerdekaan empat wilayah di selatan Siam daripada belenggu pemerintahan Siam. Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR) ditubuhkan pada 8 Februari 1948, di Kota Bharu, Kelantan. Cadangan penubuhannya dikemukakan oleh Tengku Mahmud Mahyideen sebagai reaksi kepada penahanan Tuan Guru Haji Sulong oleh pihak berkuasa Siam pada 16 Januari 1948.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PRAGUE

Prague (pend. 1 189 828) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Republik Czech, dan pusat

kebudayaan, dan ilmu pengetahuan yang penting.

Prague, yang dikenali sebagai Praha dalam bahasa

Czech, merupakan salah sebuah bandar yang tertua

dan paling indah di tengah Eropah. Ia terletak di

Sungai Vltava di bahagian tengah negara itu (lihat

Republik Czech [ peta]). Prague juga dikenali

sebagai Kota Seribu Menara kerana terdapat

banyak gereja. Bandar raya ini merupakan salah

sebuah daripada beberapa bandar di tengah Eropah

yang terselamat daripada kerosakan besar dalam

Perang Dunia II (19391945).

UMUM
ORANG IONIAN

Orang Ionian ialah sekumpulan orang Yunani

purba. Mereka tinggal di beberapa bahagian

Peloponnesus (bahagian selatan semenanjung

Greece) sebelum tahun 1100 S.M. Kumpulan lain

orang Yunani yang dinamai Dorian menyerang

Peloponnesus pada akhir tahun 1100-an. Untuk

menyelamatkan diri daripada penyerang itu, ramai

orang Ionian lari ke bahagian timur Greece yang

dikenali sebagai Attica. Sesetengah orang Ionia ini

menjadi nenek moyang kepada orang yang tinggal

di Athens apabila ia berkembang menjadi bandar

raya bertaraf negara kota di Attica. Orang Ionian

yang lain berlayar merentasi Laut Aegean dan

menduduki Ionian , sebuah wilayah di sepanjang

pantai barat Asia Kecil (Turki kini).

UMUM
SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH

SULTAN ABDULLAH MUAYAT SYAH ( ? - 1623), Sultan Johor yang ketujuh (1615 1623).  Baginda juga dikenal dengan panggilan Raja Bongsu, Raja Di Hilir, Yang Di Pertuan Hilir, dan Raja Seberang.  Raja Abdullah adalah putera Sultan Muzaffar Syah Johor (1564 1570).  Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah III, Raja Abdullah dipertanggungjawabkan menguruskan pentadbiran negeri.  Raja Abdullah mendirikan kota kediamannya di Pangkalan Raya, Batu Sawar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TBILISI

Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia.

Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan

Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia

mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir

tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh.

Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas

dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya

dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa

Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur

Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar

Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan

seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi

meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit,

jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah

persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan

kereta api.

UMUM
1
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,