Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mana satukah yang betul? - kota Paris - Kota Paris | Ejaan yang betul ialah kota Paris kerana kota Paris bukannya kata nama Khas. Hanya Paris sahaja kata nama khas yang merujuk nama tempat. | Tatabahasa | 08.12.2015 |
Bagaimana menulis Kota Damsyik atau Kota Makkah. Perlukah menggunakan huruf besar pada pangkal Kota? | Ejaan yang digunakan ialah Mekah atau Makkah, atau lazimnya disebut kota suci Mekah. Oleh itu, huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. Begitu juga dengan kota Damsyik. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Yang mana paling tepat: 1. ... kota Makkah 2. ... Kota Makkah | Huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
sila betulkan ayat-ayat berikut besertapenerangannya. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. | 1. Ayat yang dikemukakan ayat lisan. Dalam kontak ayat lisan, ayat ini betul. 2. Ayat ini betul. kata banyak merujuk kepada kata bilangan. 3. Bahasa Inggeris (ialah) bahasa pertuturan antarabangsa... | Tatabahasa | 29.09.2011 |
Kota Baghdad atau kota Baghdad | Ejaan yang betul ialah kota Baghdad | Lain-lain | 05.03.2012 |
Cikgu, "Kota Bharu" atau "Kota Baharu" ialah penggunaan kata yang betul bagi tempat tersebut? | Penamaan yang betul ialah Kota Bharu. | Ejaan | 09.05.2014 |
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul? | Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam. | Tatabahasa | 01.03.2007 |
"Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai" atau "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai"? | Ejaan yang betul ialah "Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai". | Ejaan | 18.08.2011 |
"Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014" atau "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - BAngkok ditangguhkan KEPADA 19 Mac 2014"? (Sumber: Sinar Harian, 9 Januari 2014) | "Perkhidmatan penerbangan antarabangsa Kota Bharu - Bangkok ditangguhkan KE 19 Mac 2014". Kata sendi "ke" lebih sesuai kerana menunjukkan pergerakan masa ke hadapan | Tatabahasa | 09.01.2014 |
Apakah perbezaan bandar, bandar raya, dan kota raya? Bolehkah "city" diterjemahkan kepada kota raya bagi istilah pelancongan? | Bandar ialah tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan. Bandar Raya ialah yang besar lagi penting yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih atau digelar juga sebagai kota raya. Kota Raya ialah bandar raya yang besar. Berdasarkan makna ketiga-tiga perkataan tersebut tidak ada perbezaanya. Oleh itu, istilah kota raya boleh digunakan dalam istilah pelancongan kerana membawa makna yang sama. | Istilah | 18.09.2020 |